[VIDEO] “Lagi Hensem Dari…” Bekas Madu Izreen Azminda, Intan Salleh Sudah Ada Penganti?

Artis

Nama Intan Salleh mula mendapat perhatian media dan netizen apabila kisah rumah tangganya bersama pemuzik, Ude Wahid berakhir dengan perceraian. Terbaru, Intan memuat naik satu video bersama seorang jejaka dan dia didakwa sudah menemui calon suami.

Terima kasih


Menerusi video dan kaspyen yang dikongsikan oleh Intan di akaun Instagram miliknya, Intan mengucapkan ucapan terima kasih buat jejaka tersebut kerana sudi melayan telatah dua orang anaknya.

Intan turut meletakkan emoji ‘love’ di ruangan postingnya itu. Susulan daripada itu juga, rata-rata netizen mendakwa Intan sedang mengenal hati budi jejaka tampan itu.

Difahamkan, video tersebut dipercayai dirakam pada hari Jumaat yang lalu. Intan dilihat membawa kedua-dua orang anaknya iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri untuk melakukan aktiviti riadah bersama jejak tersebut.

Keluar makan bersama

Selain memuat naik video melakukan aktiviti beriadah, Intan turut memuat naik foto bersama jejaka tersebut sewaktu mereka sedang makan bersama.

Terdahulu, Intan pernah dikaitkan bercinta dengan seorang jejaka bukan dari Malaysia. Foto Intan bersama lelaki tersebut turut menjadi perbualan netizen namun, Intan tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

KOMEN NETIZEN :

KUALA LUMPUR: Penghujung 2017, dunia hiburan gempar apabila aktres, Izreen Azminda membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara pada 8 Ogos.

Pendedahan perkahwinan Izreen dan Ude juga dibuat isteri pertama, Intan Liana Saleh pada 2 Disember 2017, sekali gus mencetuskan kec4man hebat.

Sana-sini orang menc4ci, mengh1na dan menjatuhkan hukvm hanya kerana aktres yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu memilih hidup sebagai isteri kedua.

Lebih memanaskan keadaan, kemelut rumah tangga Ude dan Intan tidak dapat diselamatkan dan berakhir dengan perpisahan apabila bercer4i tal4k satu di Mahkam4h Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac 2018.

Kini, nama Intan kembali mencuri perhatian apabila tampil dalam program Melodi Raya 2021 siaran TV3, baru-baru ini.

Usaha program hiburan popular itu menyatukan Intan dengan Izreen dipuji ramai. Malah, ia dilihat menepati segmen Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih.

Bagaimanapun, permohonan maaf dilafazkan secara berdepan dengan Intan dalam program Melodi Raya 2021 mengundang pelbagai reaksi dan kecaman. Malah, Intan juga dilihat seperti canggung dan terkejut dengan permohonan maaf bekas madunya itu.

Mengulas pelawaan program Melodi Raya, sedangkan hati belum memaafkan, Intan berkata, dia menerima pelawaan atas dasar profesionalisme dan dimaklumkan mengenai segmen yang diwujudkan.

“Cuma, saya tidak diberitahu ada temubual bersama Izreen pada hari rakaman. Saya diberitahu Izreen akan ada dalam rakaman program dan ditempatkan di sudut meja yang sama, tetapi bukan bersebelahan.

“Jika begitu pemahamannya, saya tiada masalah memberi sokongan kepada program Melodi Raya. Sebagai orang biasa yang bukan dalam dunia hiburan, saya anggap kehadirannya untuk memeriahkan acara dan memenuhi jemputan. Malah, sebelum menyatakan persetujuan, saya ada bertanya apakah akan ada sesi bermaafan dengannya.

“Ini kerana seandainya ada sesi bermaafan, saya masih belum bersedia. Bagaimanapun, saya sekali lagi dimaklumkan tiada situasi sedemikian,” katanya kepada BH Online.

Intan Liana Saleh tidak menolak permintaan program Melodi Raya untuk ditemubual bersama bekas madu, Izreen Azminda atas dasar profesional.
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, keadaan berubah ketika hari rakaman.

“Saya dimaklumkan ada perubahan dilakukan kerana membabitkan soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Jadi, saya diminta untuk ditemubual bersama Izreen dalam segmen berkenan.

“Atas dasar profesionalisme dan tidak mengganggu proses rakaman, saya terima aturan temubual dalam keadaan tidak bersedia. Apa yang dipaparkan dalam program adalah temubual secara spontan bagi menjawab soalan diajukan,” katanya.

Intan berkata, soal permohonan maaf Izreen di luar jangkaannya.

“Barangkali, ia inisiatif Izreen yang cuba memanfaatkan pertemuan yang berlaku. Saya percaya sesiapa berada dalam situasi saya akan faham bukan mudah melupakan sesuatu yang cukup menyakitkan hati.

“Dalam soal ini, saya sudah reda dengan ketentuan dan suratan takdir. Cuma, soal selebihnya, biarlah saya simpan sendiri. Buat masa ini, biarlah keadaan berjalan seperti biasa dan kami meneruskan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk saya dan Izreen.

“Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada program Melodi Raya kerana terfikir mahu mengundang saya. Saya tahu niat Melodi Raya baik mahu menjernihkan keadaan. Cuma, situasi yang saya lalui bukan semudah melafazkannya. Bukan berdendam atau jauh sekali tidak ‘move on’.

“Soal peribadi juga tidak perlu disensasikan lagi kerana ia membabitkan hati dan perasaan. Saya bukan selebriti untuk dijadikan topik bualan. Cukuplah apa yang pernah dihadapi dahulu. Biarlah masa memulihkan segala-galanya. Tidak perlu mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapa dengan merujuk isu ini pada masa mendatang,” katanya.

Sumber: bartasangbad.site via Intan Salleh via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *