“Macam Menunggu Jodoh Yang…”- Penantian Farahdhiya Berakhir

Artis

Pelakon Farahdhiya berkongsi rasa gembira kerana berjaya khatam al-Quran semalam.

Manis bertudung, Farahdhiya, 37, juga lega apabila dalam pada masa sama telah genap 14 hari mendapat v4ksinasi lengkap C0vld-19.

“Alhamdulillah. Hari ini (semalam) hati berbunga-bunga. Pertamanya sebab dapat khatam al-Quran dan pada masa sama cukup 14 hari selepas disvntik dos kedua v4ksin Ast4Zeneca. Saya telah div4ksinasi penuh,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu Farahdhiya sempat berseloroh dengan mengibaratkan menunggu untuk mendapatkan dos kedua v4ksin AstraZen3ca umpama menunggu jodoh.

“Menunggu dos kedua v4ksin AstrrZeneca macam menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba. Lama sangat!” tulisnya.

Sementara itu, Farah yang juga pelakon itu turut memaklumkan sebelum ini dia mengambil masa untuk berehat dari media sosial.

“Alhamdulillah. Saya dapat rehat yang baik dan kini saya kembali!” beritahunya.

Paling yang membuatnya teruja adalah untuk kembali berlakon selepas Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga (PKP 3.0) yang dilaksanakan kerajaan sejak Mei lalu.

“Paling tidak sabar untuk kembali bekerja. Nantikan projek terbaharu saya yang akan datang. Jaga diri semua,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)


KOMEN NETIZEN :

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://bartasangbad.site/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *