Pelakon terkenal penuh bakat, Zul Ariffin bukanlah asing lagi buat peminat drama mahupun filem apabila pelbagai watak dibawanya mampu meninggalkan kesan.
Malah nama Zul Ariffin sering menjadi bualan peminatnya dan sejak akhir-akhir ini juga nampaknya dia mendapat perhatian ramai di TikTok apabila tularnya kembali satu rakaman video mengenainya.
Walau bagaimanapun oleh kerana lakonan hebat Zul Ariffin sekitar tahun 2018, dia dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular yang membuatkan dia dapat memegang trofi di pentas Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH 31).
Pun begitu, nampaknya detik dia mengambil trofi kemenangan mengundang ramai begitu cair menyaksikan senyuman manis Zul Ariffin sepanjang naik ke pentas.
Sehingga peminat lelaki juga akui hal yang sama apabila pelakon, Zul Ariffin memiliki keistimewaannya tersendiri bagi peminatnya yang sehingga kini menyokong perjalanan kariernya.
@ceo_megahholding79“Keep your eyes on the stars, and your feet on the ground.”#zulariffin #za #zulariffin♬ bunyi asal – Megah Holding💥
Ruangan komen bagaimanapun mengundang senyuman Zul Ariffin itu ditonton ribuan kali oleh pengguna TikTok dan turut menghujani video detik istimewa itu dengan bermacam-macam reaksi.
Dia juga digelar peminat sebagai pelakon Bollywood popular versi Malaysia iaitu Salman Khan.
“Senyum dia tu ishhh”
“Gorgeous! Smart sangat, iras muka dia dah macam pelakon Turkish”
“Aku yang laki ni pun tengok cara dia berjalan naik ke pentas, fuhh cair”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HCL