Tiga Wanita Tiba Di Hosp!tal Jadi Bualan Netizen Disangka ‘Nurse’, Rupanya…

Uncategorized

DISANGKA jururawat dalam kalangan netizen, tetapi sebenarnya bukan.

Begitulah reaksi warganet terhadap sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan tiga wanita berpakaian seragam warna kelabu di sebuah hos.pital.

Namun sangkaan itu me.leset apabila ketiga-tiga mereka sebenarnya pembantu rumah yang di.gelar ‘bibik’, hadir ke hos.pital untuk menerima sun.tikan vak.sin Co.vid-19.

Maji.kan mereka yang hanya m.ahu dikenali sebagai Farah Syazwani berkata, dia membawa tiga pembantu rumah warga Indonesia untuk menerima dos pertama vak.sin pada minggu lalu di sebuah hos.pital swasta di Kuala Lumpur.

Wanita berusia 27 tahun itu mengakui pakaian seragam yang dipakai ketiga-tiga pembantu rumahnya berusia antara 25 dan 35 tahun itu turut dipakai di rumahnya yang terletak di Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Mereka pakai uniform di rumah. Setiap baju ada nombor dan nama khusus supaya baju mereka tak tertukar dan senang diuruskan.

“Setiap seorang ada 10 pasang, warna berbeza mengikut hari. Isnin pakai baju hitam, Selasa biru gelap, Rabu merah jambu, Khamis hijau gelap, Jumaat kelabu, Sabtu hitam dan Ahad biru gelap,” katanya kepada mStar.

bibik vaksin 3

Tiga pembantu rumah Farah merupakan warga Indonesia.

Farah berkata, dia membawa ketiga-tiga pembantu rumahnya yang berkhidmat sejak tiga tahun lalu untuk menyun.tik vak.sin sebagai langkah berjaga-jaga ketika pan.de.mik Co.v.id-19.

“Saya ambil langkah berjaga-jaga dari kesihatan, terutama saya mempunyai dua anak yang masih kecil iaitu kategori yang belum boleh di.vak.sin.

“Kesemua mereka menerima dos vak.sin atas tanggungan saya sendiri dengan kos keseluruhan lebih RM1,000.

“Mereka juga yang ditugaskan sebagai pengasuh untuk anak-anak saya, selain menguruskan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas dan membasuh baju,” ujarnya sambil menambah anak lelakinya kini berusia tiga tahun dan anak perempuan berumur setahun.

bibik vaksin 5

Farah bersikap prihatin dengan memastikan semua pembantu rumahnya turut di.vak.sin.

Menurutnya, dia mengambil pendekatan untuk membawa pembantu rumahnya ke hos.pital swasta bagi mengelakkan mereka ter.dedah kepada ri.siko jang.ki.tan Co.vid-19, memikirkan lambakan warga asing di pusat pemberian vak.s.in (PPV) tertentu.

“Sebagai langkah selamat, saya buat appointment dengan pihak hos.pital sebelum membawa mereka untuk menerima sun.tikan vak.sin,” kata Farah.

Sebagai majikan, kita perlu menghargai pekerja walau sekecil-kecilnya. Kita kena peka keperluan mereka. Bila mereka rasa dihargai, mereka lebih gembira dan ikhlas bekerja

FARAH SYAZWANI

Usahawan dalam bidang eksport dan import itu berkata, dua pembantu rumahnya dari Jakarta, manakala seorang lagi berasal dari Malang di Jawa Timur, Indonesia.

“Syukur Alhamdulillah kesemua mereka tiada kesan sampingan. Yang penting mereka gembira di.vak.sin, kasihan dengan keluarga mereka di kampung ada yang masih belum dapat vak.sin,” katanya sambil menambah ketiga-tiga pembantu rumahnya merupakan ibu tunggal.

bibik vaksin 4

Farah menyifatkan tiga pembantu rumahnya begitu penyayang, amanah dan rajin.

Mengulas lanjut, Farah menyifatkan kesemua bibiknya sebagai pekerja yang begitu penyayang, amanah dan rajin.

“Seorang bibik pandai jaga anak-anak saya, boleh nampak naluri keibuannya. Seorang lagi pantas buat kerja, dan mudah ingat. Dia sentiasa mengingatkan saya dalam banyak perkara.

“Manakala seorang lagi pula pandai mengemas rumah, sangat bersih… tak akan jumpa walau sehelai rambut di lantai. Bila lipat baju, memang tersusun ikut warna dan saiz.

“Apa yang paling saya terharu apabila ketiga-tiga mereka sanggup kumpul duit guna gaji masing-masing untuk belikan hadiah hari jadi untuk kedua-dua anak saya.

“Sebagai majikan, kita perlu menghargai pekerja walau sekecil-kecilnya. Kita kena peka keperluan mereka. Bila mereka rasa dihargai, mereka lebih gembira dan ikhlas bekerja,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *