“Seharian DS Vida Menangis, Tidak Makan…” Iqbal Dedah Banyak Tohm4han, Tudvhan Yang Harus Ditanggung

Artis

Bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli mendedahkan bekas majikannya itu menangis sehingga tak lalu makan mengenangkan anak perempuannya, Cik B.

Perkara tersebut antara lain mempunyai kaitan dengan isu ibunya yang bakal dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Malah, Cik B sebelum ini menerusi program hiburan Melodi, ada memberikan reaksinya mengenai perkara perkenaan.

Iqbal yang menjadi lelaki paling rapat dengan Vida ketika ini menambah, dia memahami perasaan remaja berkenaan yang mar4h andai ibunya sekali lagi berkahwin.

“Hari ini seharian Dato Seri Vida menangis, tidak makan memikirkan Cik B. Saya turut kasihan pada Cik B, sejak kecil dia jarang ada masa bersama.

“Sejak saya masuk bekerja, saya selalu pesan pada DSV, bawa Cik B ikut sama setiap kali kita ke luar negara. Jangan terlalu mar4h, bagi perhatian sepenuhnya pada Cik B.

“Saya faham perasaan Cik B mar4h jika ibunya berkahwin. Oleh kerana mereka melalui sejarah hidup,  jauh sekali saya tidak sama seperti pengalaman mereka,” jelas Iqbal.

Luahan tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Insta Stories, pada Isnin.

Dia bagaimanapun meminta ramai untuk kasihankan Cik B dan tidak menambahkan ‘api’ terhadap situasi yang berlaku.

Mahu memberikan yang terbaik, Iqbal pada masa sama turut memohon ramai agar memberikan semangat buat Cik B.

“Orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila dia mar4h. Luar biasa. Tiada siapa berani untuk masuk dekat.

“Kepada semua yang menyayangi Cik B, tidak kisah jika kalian berpendapat tidak bersetuju untuk saya dengan Dato Seri Vida berkahwin, saya tabah menelan fitnah, namun jangan sesekali tambahkan api pada dia. Kasihani emosi dia.

“Seharusnya kalian memberikan semangat kepada dia. Saya sedaya upaya lakukan terbaik untuk semua. Baik Cik B, Dato Seri Vida dan Kacak.

Sebelum ini, Vida mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya itu pada Disember ini namun risau dengan penerimaan anak-anak, terutama Cik B.

Kisah hubungan mereka menjadi perhatian apabila pasangan itu terbuka berkongsi persiapan mereka termasuk melakukan ujian kesvburan pada akhir Ogos lalu.

Sementara, Iqbal ada memberitahu dirinya sudah bersedia untuk menjadi suami kepada penyanyi lagu I Am Me itu.

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *