DS Vida Puji Gambar Shuib Dan AyashAffan, Tiba Tiba Ada Satu K0men Masuk Lain Pula Jadinya

Artis

PETALING JAYA – Hampir sebulan berada dalam wad, anak bongsu pelawak Shuib Sepahtu bersama Allahyarham Siti Sarah, Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Lebih manis, berita tersebut diterimanya sehari sebelum hari ulang tahun isterinya yang ke-37 esok.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hadiah hari jadi ibu esok 15 September. Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini, syukur Ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan Ayash,” tulisya dalam InstaStory sebentar tadi.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi berita gembira apabila dibenarkan bertemu dan meluangkan masa selama tiga jam dengan Ayash selepas sebulan bayi itu dilahirkan di H.ospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Lebih menyentuh hati apabila Shuib memaklumkan hari ini merupakan hari dan kali pertama dia bakal melihat dan menyentuh Ayash Affan yang kini sudah berusia 39 hari. Tak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati Shuib dan keluarga apabila bakal menyambut kepulangan insan tercinta ke rumah.

Alhamdulillah, di hari kelahiran, Allah SWT hadiahkan berita gembira. Esok (hari ini) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Esok (hari ini) akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan.

Menerusi posting terbaru, Shuib mengenang kembali kata-kata dan pesanan yang pernah disampaikan Allahyarham Siti Sarah kepadanya. Allahyarham pernah meminta Shuib menjaga anak keempat mereka ini dengan baik.

Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang ke-4 ni you jaga dia tau, you jaga dia tau, you jaga ok.’

InsyaAllah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga you sampai lah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang.

Pada 25 Ogos lalu melaporkan Shuib memberitahu Ayash yang lahir pram.atang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada ink.ubator di HCTM UKM dan dijangka dibenarkan dibawa pulang sekitar bulan ini.

Selain itu, Ayash juga telah diberi susu daripada ibu susuannya iaitu sepupu Shuib sendiri.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat C0vid 19.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan ulang tahun ke-37 tahun ini sebagai tarikh yang luar biasa biarpun sambutannya tidak seperti tahun-tahun sebelum yang diraikan bersama Siti Sarah memandangkan tarikh kelahiran mereka hanya berselang tiga hari, Shuib pada 12 September manakala Sarah 15 September.

Syukur Ya Allah

Syukur Ya Allah,Besok Birthday Ibu(15/9) Allah hadiahkan kepulangan AYASH AFFAN harini,InsyaAllah kjp lagi dah boleh balik dah,,,Allahuakbar,,,Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan Anak soleh ini,,,Terima kasih semua,,,SYUKUR YA ALLAH diatas RAHMAT MU.

Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

DS Vida Tinggalkan Satu Komen

G.osip cinta membabitkan usahawan k.osmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli terus menarik minat netizen di laman sosial.

Sehinggakan satu komen yang ditinggalkan beliau di laman sosial shuib turut menarik perhatian netizen untuk meninggalkan komen gurauan.

Kredit : Kosmo/IG/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TTK

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *