Diam-Diam Mas Idayu Kini Sudah Berhijab?

Artis

Perkongsian foto penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berhijab sekaligus mengundang persoalan netizen adakah dia sudah berhijrah.

Menerusi foto dikongsikan, penyanyi berusia 49 tahun itu dilihat tampil sopan serta berkongsikan posting memaparkan aktiviti hariannya.

Dalam satu foto dikongsikan, Mas Idayu memuat naik gambarnya berhijab memaparkan aktiviti dine-in di salah sebuah restoran, pada 1 September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)


Rata-rata netizen memuji penampilan penyanyi itu yang dilihat sangat manis serta mendoakan agar penyanyi berkenaan agar terus istiqamah untuk berhijrah.

Malah, ada yang mengatakan Mas Idayu dilihat semakin muda apabila berhijab dan sejuk mata memandang melihat penampilannya itu.

Nampaknya semakin ramai selebriti wanita berhijrah ke arah lebih baik. Sama-sama kita doakan yang baik-baik dan semoga mereka kekal istiqamah dalam berhijab.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *