“Hg mtk maaf cpt sgt, drjat Caprice naik mncanak..” Sharnaaz kongsi mesej dtrimanya, Tpi ayatny..

Semasa Viral

Kuala lumpur: Lumrah kehidupan, setiap manusia pasti ada yang melakukan kesilapan. Sama ada kesilapan kecil ataupun besar pastinya memberi impak dalam kehidupan seseorang. Sekiranya hubungan sesama manusia tidak dijaga dengan baik, maka kita tidak dapat hidup dengan aman dan tenteram.

Oleh itu, masyarakat dianjur untuk saling bertoleransi dan bermaaf maafan sekiranya ada perselisihan faham dan masalah diselesaikan dengan sebaik yang mungkin. Begitulah min dapat simpulkan buat saudara Sharnaaz Ahmad dan juga insan yang digelar ‘Caprice’.

Menerusi entri ‘story’ terbaru Sharnaaz Ahmad, beliau berkongsi mesej yang diterimanya, mesej tersebut tidak bersetuju dengan nya yang memulakan permohonan maaf.

Namun, Sharnaaz ada menjawab balik dengan hanya senyuman dan juga jawapan ‘sabar’.

Sebelum ini, Sharnaaz menerusi Instastory tampil menjelaskan dia akan selesaikan ‘konflik’ tersebut secara baik bersama Caprice dan turut akui lawak yang cuba disampaikan olehnya agak keterlaluan.

Hai Assalamualaikum guys, selamat petang. Dari pagi semua tau netizen semua tau aku ada isu sikit bersama Caprice. Ok InsyaAllah aku dengan Caprice akan selesaikan benda ini secara elok di belakang.

Dan aku rasa on aku punya personal side apa gurauan aku daripada awal daripada dia di Jordon sampailah sekarang di sini aku rasa mungkin agak keterlaluan dan aku as orang yang lebih matang dalam benda ni aku minta maaf kepada dia. Selain daripada itu, terpulang kepada dia. Tetapi aku rasa biar antara urusan ini aku selesaikan bersama.

Pelakon kelahiran Pulau Pinang ini, turut menjelaskan sebagai individu yang matang dia akan meminta maaf kepada Caprice atas apa yang telah terjadi.

Terbaru, Caprice menerusi satu hantaran di Instagram tampil memberikan respon dan menjelaskan sudah memaafkan Sharnaaz atas apa yang telah terjadi.

Welcome to Damansara, pihak kita terima permohonan maaf tersebut dan Caprice pun kalau lebih-lebih tadi minta maaf sebab kita pun tak lunch lagi. Lapar, InsyaAllah selepas quarantine Caprice akan sampai @cilikampunghartamas dan minum sama-sama.

Terdahulu, Sharnaaz dan Shukri Yahaya telah mencuba beberapa filter di IG semasa melakukan sesi live bersama para peminat. Filter ‘serban’ yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir itu seolah-olah menunjukkan dia kini berada di Mesir.

Pada masa yang sama, Shukri Yahaya dan rata-rata netizen tidak dapat menahan diri daripada ketawa sebaik sahaja melihat gelagat Shaarnaz yang seakan-akan macam Caprice pada waktu itu.

Video dibawah:

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Sharnaaz Ahmad via rotikaya.rimbabara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *