[VIDEO] Simpɑti Tengok Peniaga Letak Barang Jualan Atas Riba, Wanita Ini Hadiahkan Meja

Artis

Walaupun tidak mempunyai meja untuk meletakkan barangan jualan, perkara tersebut sama sekali tidak mematahkan semangat pemuda ini untuk mencari rezeki yang halal.

Beli meja buat peniaga

Foto: Tangkap layar video

Ters3ntuh dengan nasib peniaga ini, pemilik video TikTok dikenali sebagai Wawa membeli sebuah meja kecil yang boleh digunakan oleh lelaki berkenaan bagi meletakkan barangan jualannya. Difahamkan, lelaki tersebut sebelum ini berniaga di hadapan sebuah stesen minyak namun, meja dan kerusi yang digunakan selama ini telah hilang. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ia telah dicvri atau pun dibvang oleh individu lain.

Hari ini kami dekati abang ni yang berniaga bawah teduhan pokok ja. Lepas tu dia duduk niaga depan restoran tapi kena hal4u dan akhir sekali ambil keputusan untuk duduk bawah pokok ni dekat tepi parkir moto sambil jinjing jualan dia tu.

Tapi bila lenguh tangan dia letak dekat paha sekejap sambil jengket kaki dia. Nampak pen4t sebab terk3tar-k3tar kaki dia tadi.

Meja yang diberikan secara tidak langsung dapat digunakan oleh peniaga ini dan dia tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menjinjing barangan jualannya. Lelaki ini pada masa yang sama, berulang kali mengucapkan ribuan terima kasih kepada wanita ini.

Mulutnya tak henti ucap terima kasih, susah-susah je. Lepastu kami pun gerak masa kat jalan besar tu nampak dia bangun berdiri dan lambai lagi dekat kami.

Difahamkan, lelaki ini berniaga di parkir motosikal pusat membeli-belah KipMall, Kota Warisan, Sepang. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terh4ru dengan pemberian wanita ini dan pada masa yang sama turut mendoakan supaya lelaki berkenaan tidak berputus asa dan terus dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

Video penuh:

@kakwaaaaaLokasi : Parking motor KIPMALL Kota Warisan Sepang 🥺 #fypシ #istiqomah #hijrah #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #alhamdulillah #♬ bunyi asal – @aedyfb83

Semoga terus dimurahkan rezeki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :https://ohbulan.com/ via wawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *