Genap 30 Hari ‘Pergi’, Ramai Rindu Nak Dengar Celoteh Siti Sarah Memasak

Artis

Pemergian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin sememangnya dirasai masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi negara seberang. Siti Sarah yang dijangkiti Covid-19 terpaksa melahirkan anak pramatang secara pembedahan sebelum ditidurkan.

Hari ini, genaplah 30 hari pemergian pelantun lagu ‘Kesetiaan’ itu. Peminat sudah tentu masih merindukan celoteh Siti Sarah yang sangat menghiburkan ketika memasak. Malah, Allahyarham mempunyai tagline tersendiri iaitu ‘my style’ yang bermaksud cara masakan yang mengikut cita rasanya sendiri.


Menerusi kapsyen yang ditulis pengendali akaun, kenangan yang masih tersimpan akan dikongsikan di Instagram sebagai tatapan peminat yang merindukan. Malah, pengendali akaun sebelum ini pernah memaklumkan akaun tersebut akan digunakan untuk anak-anak.

Selain itu, promosi perniagaan yang diusahakan Allahyarham juga akan diteruskan seperti biasa.

siti sarah

Baru beberapa jam dimuat naik, video resepi ikan kerapu masak cili ‘my style’ itu dipenuhi komen rakan artis dan peminat yang merindukan suara Allahyarham dalam loghat Terengganu yang ceria.

Suka betui dengar gelak tu. Kejap masa berlalu. Sebulan. Al-Fatihah.

Seorang warganet mengucapkan terima kasih dan berdoa semoga pahala perkongsian resepi ini mengalir buat Allahyarham Siti Sarah. Warganet yang lain turut memuji Allahyarham yang tidak lokek berkongsi petua dan resepi masakan kepada para pengikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://beautifulnara.com/

 

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *