“Terima kasih Bagi Macam-Macam Tips Untuk Cuba Sembuhkan Dia”-Eina Azman Syukur Suami Dah Balik Rumah

Artis

SELEPAS mengharungi 12 hari penuh deb4ran, akhirnya aktres Datin Eina Azman bersyukur suami Datuk Kaiser Gurmeet sembuh sepenuhnya daripada jangk1tan Cov1d-19.

Pemilik nama Ainur Syakina Azman, 26, berkata, suaminya kini sudah selamat kembali ke rumah mereka pada Khamis dan berada dalam keadaan sihat.

Bercerita tentang perasaan bimbangnya dalam tempoh itu, Eina berkata, suaminya hampir dimasukkan ke unit rawat4n rapi (1CU) hosp1tal berkenaan berikutan jangk1tan v1rus mer3bak 30 peratus pada p4ru-p4ru suaminya.

Eina 1

Eina berkongsi perkara itu di Instagram pada Khamis.

“Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikirkan keadaan suami saya yang kena Cov1d tahap 4 dan p4ru-p4ru pun dah mereb4k 30 peratus.

“Dengan oks1gen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa dua hingga tiga hari oksi1gen tak ok suami kena masuk 1CU.

“Kalau boleh saya memang tak nak suami saya dimasukkan ke 1CU. Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk. Memikirkan apa patut saya buat. Saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya,” katanya.

Saya tak mampu nak balas semua WhatsApp dan DM.

EINA AZMAN

PELAKON

Pada 31 Ogos lalu, Eina memaklumkan dia, suami dan dua pembantu rumah dij4ngkiti v1rus Cov1d-19.

Manakala, dua cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia lima tahun tidak dij4ngkiti v1rus berkenaan.

Keesokan harinya, keadaan suaminya semakin bVruk dan dimasukkan ke sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur selepas paras oks1gen menurun.

Dalam pada itu, pelakon drama The Maid ini mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta pengikutnya di laman sosial atas doa yang tidak henti.

eina 2

Suami Eina dimasukkan ke hosp1tal akibat paras oks1gen menurun.

“Disini saya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga, kawan-kawan dan semua pengikut saya yang tak henti-henti mendoakan dan bagi saya macam-macam barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami saya.

“Saya tak mampu nak balas semua WhatsApp dan DM. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa-doa yang baik untuk diri saya suami serta bibik-bibik.

“Sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa anda semua yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah amin,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *