Pada April tahun lalu, satu berita gembira mengenai penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuatkan orang ramai tumpang gembira dengan keluarga selebriti ini.
Apa tidaknya, kehadiran cahaya mata kedua Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau popular dengan panggilan Datuk K yang kini cukup sepasang mengundang peminat turut sama bahagia melihat pasangan ini. Kini penyanyi nombor 1 negara dan suami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan lelaki.
Seperti kehadiran puteri sulung yang diberi nama Siti Aafiyah, anak kedua Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti ini turut sering menjadi tumpuan peminatnya dari beberapa negara.
Menerusi rakaman ini pula, ia memaparkan kecomelan anak kedua Tokti dalam video yang telah dimuat naik di Instagram Sitizonemy sekali gus membuatkan rata-rata peminat yang menyaksikannya terhibur.
Video anak kedua penyanyi ini yang diberi nama Muhammad Afwa ternyata membuatkan peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza geram melihat telatah comelnya yang sangat gembira meluangkan masa bersama ibunya, Tokti.
View this post on Instagram
Rata-rata netizen bagaimanapun menghujani ruang komen dan dalam pada masa yang sama video dimuat naik itu memperoleh ribuan tontonan yang disertakan pelbagai reaksi peminat.
“Comeynya Afwa”
“Bulatnya, geram tengok”
“Baby Afwa tunggu ibu dodoi…”