Erra Fazira Muncul Di P0sting Awie, Sekali Net!zen Kenang Kisah ‘Percintaan’ Dahulu Undang Tawa.

Artis

PETALING JAYA – Stail baharu rambut pendek penyanyi rock, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman bukan hanya mendapat pujian netizen bahkan sahabat baiknya, Erra Fazira.

Pemilik nama lengkap, Fazira Wan Chek itu menerusi Instagram menyertakan satu perkataan dalam ruangan komen hantaran terbaharu Awie yang membuatkan peminat teruja.

“Cenggini (emoji tanda bagus),” tulis pelantun lagu Pasrah itu sekali gus membuatkan ramai dalam kalangan netizen mula mengenang zaman percintaan dua selebriti itu suatu ketika dahulu.

Kebanyakan daripada peminat mula mengusik Erra dengan menyapa dirinya dengan gelaran Wati iaitu karakter ikonik lakonannya dalam filem Sembilu yang menampilkan Awie sebagai hero.

“Apakah perasaan Wati (watak yang dimainkan Erra dalam Sembilu) selepas melihat perubahan Awie,” usik seorang netizen dalam ruangan komen.

Seorang lagi peminat menulis dengan seloroh: “Datuk Awie ada kosong lagi tiga (kuota). Mana tahu jodoh bertaut kembali.”

Dalam banyak-banyak komen, tertulis satu daripada seorang netizen lain menyifatkan Erra sebagai seorang sahabat yang baik kepada Awie.

“Terima kasih Erra kerana menjadi sahabat yang sangat baik kepadanya (Awie). Anda memang satu hadiah yang sangat hebat. Selalu memberikan sokongan kepadanya. Kami sayang anda,” tulis netizen berkenaan.

Contoh Komen Menarik Netizen:

Terdahulu, Kosmo! Online melapor.kan Awie merasakan tidak berba.loi membela rambut panjang pada musim pande.mik Co.vid-19 kerana tiada persembahan pentas untuk dijayakan.

Dedah Awie juga, dia memotong rambut kerana ke.cewa melihat keadaan dunia aki.bat Co.vid-19.

“Rasa macam tak berbaloi bela rambut panjang waktu pandemik, itu yang saya potong (rambut) tapi jiwa tetap rock,” kata pelantun lagu Di Pen.jara Janji itu.

Awie, 53, turut berkongsi bahawa telah menja.lani satu pembe.dahan pada 29 Julai lalu namun telah sembuh daripada penya.kit yang enggan didedah.kannya itu.

“Saya baru selesai menjalani satu pembe.dahan pada 29 Julai tempoh hari. Tiga hari saya terlantar di hos.pital dan kemudian terpak.sa pulang dan menjalani proses sem.buh selama tiga minggu di rumah sebab Co.vid-19, lebih baik duduk rumah. Saya pun tak mahu risi.kokan diri tinggal di wad lama-lama.

“Lepas pembe.dahan itu dan sem.buh, saya dapati rambut saya mula mudah gu.gur. Gug.ur banyak daripada kebiasaan. Itu yang membulatkan hasrat saya nak potong rambut pendek dan saya fikir, tidak mengapa saya potong pendek sementara tiada ‘show’ sekarang ini,” ujarnya ketika dihubungi.

Erra menjalin hubungan cinta dengan Awie setelah mereka membintangi filem Sembilu pada era 1990-an. Mereka melangsungkan pertunangan pada 1996 namunterputus pada hujung 1998.

Sumber:K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://sinetronmalaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *