Sebut sahaja Rizman Ruzaini, pasti ramai mengenali dengan dua pereka hebat ini. Jadi tidak mustahil lah dapat melihat majlis sambutan anak perempuan Rizman Nordin ini kelihatan sangat menarik.
Menerusi perkongsian isteri Rizman Nordin, Nurida Suraya kelihatan anak perempuan mereka yang mesra disapa Rizqaa ini menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya.
Selepas mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019, semakin ceria pasangan ini selepas dikurniakan seorang cahaya mata pada 2 September tahun lalu.
Walau bagaimanapun, dalam pada seronok menyaksikan video momen bahagia Rizman Nordin dan Nurida Suraya menyambut ulang tahun anak kesayangan mereka itu, rata-ratanya juga tertarik dengan dekorasi di majlis.
Mana tidaknya, dengan hiasan kek bertingkat-tingkat dan dekorasi yang mewah serta sangat sesuai untuk anak perempuan, sehingga Mira Filzah juga tertarik dan tidak dapat membayangkan jika anak Rizman Nordin menyambut ulang tahun kelahiran ke-18.
View this post on Instagram
Video yang dimuat itu bagaimanapun turut dihujani dengan bermacam-macam reaksi ramai diruangan komen disamping rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucap selamat buat puteri pereka terkenal ini.
“Ni baru 1st birthday yaaa. Tak dapat bayang Rizqaa punya 18th birthday!”
“Birthday yang paling cute antara semua, sesuai sangat dengan baby girl”
“Everything is prefect. So beautiful…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL