PETALING JAYA – “Awak semua ini dipanggil anak ya.tim sebab tiada ibu.”
Itu antara ayat terluncur dari bibir Raissuddin Hamzah ketika menegur tiga cucunya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dalam sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Allahyarham Siti Sarah semalam.
View this post on Instagram
Menurut netizen, ayat tersebut antara yang mengundang sebak sehingga ada antara daripada mereka me.nitiskan air mata apabila melihat tiga anak kecil itu dima.rahi oleh datuknya selepas dikatakan ber.gaduh sesama sendiri.

“Mereka kena ma.rah, aku pula yang ‘me.lalak’,” komen seorang netizen.
“Kasihan. Saya tak dapat tahan air mata bahagian ‘anak yatim,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.
Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang bersetuju dengan cara te.guran Raissuddin kerana tin.dakan tersebut boleh membentuk akh.lak dan semangat tiga beradik itu.
“Datuk ma.rah tanda sayang. Semoga jadi anak-anak yang baik,” kata seorang netizen.
“Lihat Matin menan.gis, air mata aku pun meleleh sekali. Kasihan dia tak ada ibu nak pujuk,” tulis seorang netizen yang turut mengalirkan air mata.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 400,000 tontonan dan 99,000 tanda suka.
Dalam pada itu, rata-rata netizen melahirkan rasa te.ruja dan tidak sabar untuk menanti kepulangan anak bongsu Shuib dan Siti Sarah iaitu Ayash Affan untuk bertemu abang dan kakaknya.
Ayash yang dilahirkan pramatang pada 7 Ogos kini masih dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh dua minggu lagi.
Untuk rekod, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu di HCTM aki.bat Co.vid-19.
Jena.zah Allahyarham disemadikan di Tanah Per.ku.buran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak pada hari sama.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber:K! ONLINE