Remy Ishak cuti bulan madu, kita ganti KJ pula – Netizen

Artis

PETALING JAYA – “Sementara Remy Ishak cuti bulan madu, Khairy Jamaluddin (KJ) boleh ganti.”

Itu antara komen lucu daripada netizen selepas menonton beberapa video lakonan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang kembali tular dalam aplikasi TikTok baru-baru ini.

Dalam video-video tular tersebut, KJ dilihat telah melakonkan pelbagai jenis watak seperti pekerja pembersihan, pemandu teksi, penjual nasi lemak dan seorang suami.

ANTARA dua watak berbeza dalam dua video pendek lakonan KJ sebelum ini yang kembali tular menerusi media sosial ketika ini.

Difahamkan, beberapa video lakonannya itu dilakukan sekitar lima tahun lalu ketika dia memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji bakat KJ dalam bidang lakonan dan menggelarnya sebagai menteri serba boleh.

Paling lucu, terdapat netizen berseloroh KJ boleh menjadi pelakon bagi menggantikan aktor Remy Ishak yang mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Gurauan tersebut tercetus kerana ramai mendakwa KJ dan Remy mempunyai bentuk fizikal yang mirip iaitu tinggi, berkulit sawo matang dan kacak.

“Wah hebatlah KJ. Berhenti berlakonlah Remy dan Zul Ariffin selepas ini,” komen seorang pengguna TikTok.

“Selepas Remy berkahwin, KJ ganti sebagai hero Malaya sebagai pelakon,” seloroh seorang lagi netizen.

Sehingga kini, antara video pendek lakonan KJ yang mendapat jumlah tontonan paling tinggi ialah lakonannya sebagai peniaga nasi lemak lakonan bersama aktres, Sharifah Aleeya.

Video tersebut telah mendapat lebih 360,000 tontonan dan 17,000 tanda suka daripada pengguna TikTok. –

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *