Fatih Perlu Buat Pembed@h Segera, Tapi Mana Saya Nak Cari RM70,000?

Semasa Viral

Baling: “Saya kini hanya mampu berdoa, ikhtiar dan mengharapkan keajaiban supaya anak sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain,” kata Siti Fathihah Zainol ibu kepada kanak-kanak peng.hidap ‘Tetralogy of Fallot’ (TOF) iaitu pen.yakit jan.tung kongi.netal sia.notik, Fatih Zulkarnain Mohd Zuhairi.

Siti Fathihah, 25 dari Kampung Teluk Pendiat di sini berkata, selain TOF, Fatih yang berusia setahun tujuh bulan turut meng.hidap masalah injap sem.pit dan Glo.kosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) iaitu masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah manusia.

Menurutnya, semua pen.yakit itu dikesan sejak Fatih dilahirkan kerana dia tidak mengalami masalah sepanjang tempoh kehamilan.

Doktor mengesyorkan Fatih di.bedah segera namun Siti Fatihah dan suami, Mohd Zuhairi Zamri, 30, buntu mencari wang sebanyak RM70,000 bagi menampung kos dua pem.bedahan menutup jan.tung TOF dan membuka injap sem.pit yang perlu dilakukan segera.

“Saya bekerja sambilan sebagai ejen pesan hantar produk kosmetik manakala suami mengambil upah me.motong pokok. Kewangan kami memang tidak stabil hingga ada kalanya terpak.sa minta bantuan daripada keluarga untuk ke hos.pital kerana tiada wang.

“Doktor belum beri tarikh tetapi menasihatkan kami bersiap sedia dan mengesyorkan Fatih dibe.dah ketika usianya sekarang, cuma masalahnya adalah wang kerana sehingga hari ini hanya mengumpul lebih RM2,000 hasil sumbangan rakan yang bersiaran langsung di TikTok,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Siti Fathihah, dia pada awalnya tidak jelas pen.yakit dialami Fatih sehingga diberi penerangan terperinci oleh doktor.

“Ketika dalam pan.tang selepas melahirkan Fatih, doktor beritahu saya dan suami mengenai pen.yakit dialami anak. Mulanya saya tidak faham tetapi doktor terangkan dengan lebih lanjut mengenai pen.yakit itu dan ris.ikonya.

“Jujurnya, saya dan suami se.dih ketika itu kerana memikirkan pen.deritaan anak yang masih kecil namun cuba bersabar serta reda dengan ujian dari Allah,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Nur Syasya Qistina, 7.

Berkongsi perkembangan terkini, Siti Fathihah berkata, Fatih boleh makan dan minum seperti biasa, bagaimanapun anak bongsunya itu tidak boleh diberi makan sembarangan kerana mudah semput sekali gus pernafasan serta pergerakannya.

“Fatih masih berselera makan cuma saya tidak beri makanan tertentu contohnya pisang bagi mengelaknya sem.put kerana sudah dua tiga kali dia masuk hos.pital kerana paras ok.sigennya me.nurun.

“Disebabkan itu, saya dan suami risau. Pada 21 September nanti, saya dan suami perlu membawa Fatih ke hospital untuk menghadiri janji temu dengan doktor bagi memeriksa keadaan jan.tungnya tetapi ta.kut juga dengan keadaan Co.vid-19 yang belum reda,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Siti Fathihah di talian 019-7632658 atau teru menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0211829000211497 miliknya.

Sumber:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *