[VIDEO] “Tak tkut ke..” Gelagat Ank Kecil Cek!k Angsa Bt Ramai Terhibur. ‘Gengster Kampung’

Semasa Viral

PETALING JAYA – Keberanian seorang kanak-kanak perempuan menangkap dan mengalihkan tiga ekor angsa secara bersahaja bagi mendapatkan telur haiwan berkenaan membuatkan pengguna media sosial terhibur serta kagum.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 53 saat yang dimuat naik ke laman Facebook, kelihatan kanak-kanak berkenaan tanpa sebarang perasaan takut mencengkam leher haiwan itu dan mengalihkannya sambil dirakam oleh individu dipercayai ibunya.

Sejak dimuat naik semalam, rakaman video berkenaan turut telah dikongsikan oleh beberapa halaman Facebook dan mendapat ribuan tontonan serta komen dengan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Menurut seorang pengguna Facebook dengan nama Nur Ain, keberanian kanak-kanak itu amat dikaguminya memandangkan haiwan tersebut amat terkenal dengan sifatnya yang suka mengejar orang dan digelar sebagai ‘gengster kampung’.

VIDEO:

“Kagum betul dengan adik ni, sikit pun tak ta.kut walaupun angsa tu dah tundukkan leher begitu bersedia nak men.yerang, kalau akak dah tak cukup tanah lari dik.

“Dulu waktu akak jalan kaki nampak ‘gen.gster kampung ni tengah jalan akak sanggup patah balik tau,” ujarnya berseloroh.

“Baru buku bertemu ruas, akhirnya rahsia untuk menundukkan haiwan ini terbong.kar dan boleh dipraktikkan oleh kami mang.sa kejar yang teraniaya, tak sabar nak cuba,” ujar pengguna dengan nama Aim Ahmad.

Walau bagaimanapun, tindakan kanak-kanak berkenaan turut mendapat beberapa keca.man daripada pengguna media sosial yang khuatir jika haiwan tersebut ce.dera namun kebimbangan itu dijawab oleh seorang wanita yang mengaku sebagai ibu kepada kanak-kanak tersebut.

“Saya pemilik video berkenaan, mohon fikir po.sitif ye tuan, angsa itu berat daripada dia, jangan risau mereka berkawan sejak kecil lagi.

“Seorang budak macam dia tak kuat nak angkat angsa tu untuk ambil telur dan angsa memang bersifat defensif terutamanya ketika sedang men.geram,” ujar pengguna Facebook dengan nama Al Mera.

Jelas wanita berkenaan, selain angsa, keluarga mereka turut membela ayam serta itik dan kanak-kanak berkenaan juga yang selalu memberinya makan.

Sumber:K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *