“Pernah popular dlu..” Kini Tegar Kembali Jadi Penyanyi Jalanan Demi Sara Anak & Isteri.

Semasa Viral

Jakarta: Nama penyanyi, Tegar Septian, 19, kini menjadi bualan netizen di Indonesia apabila dia kembali menjadi penyanyi jalanan di persimpangan lampu isyarat di Jakarta.

Tegar yang pernah popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang ketika berusia 11 tahun sehingga dikenali di Malaysia dan negara jiran lain, sekarang bagaikan mengalami zaman kejatuhan.

Terbaru, penyanyi berasal dari Subang, Jakarta ini menjadi perhatian warganet apabila di  Instagram, dia memuat naik beberapa fotonya kembali menjadi penyanyi jalanan di persimpangan lampu isyarat.

Ujar Tegar, dia okey dan tiada masalah kembali menjadi penyanyi jalanan sama seperti ketika masih kanak-kanak dulu bagi membantu ibu bapanya menyara keluarga.

“Gak (tidak) papa (apa-apa) yang penting halal,” tulisnya ringkas pada keterangan foto dikongsi di media sosial itu.

Pekerjaan menyanyi di persimpangan jalan dipercayai dilakukan Tegar sebagai cara dia mencari pendapatan untuk menyara isteri dan anaknya.

Tegar bersama isteri dan anak mereka.

Terdahulu, Tegar berkahwin dengan Sarah Sheilka pada 20 Mac tahun lalu dan kini mereka dikurniakan seorang anak bernama Abidzar Oktaviano Putra.

Menerusi hantaran foto dibuatnya di Instagram itu sehingga kini mendapat hampir 10,000 tanda suka serta komen-komen semangat daripada warganet.

Kebanyakan warganet juga sangat positif dengan tindakan Tegar, yang rata-ratanya meniupkan kata-kata baik berbaur semangat dan doa kerana apa yang dilakukannya adalah demi keluarga.

Contoh Lagu Popular Dahulu:

sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *