‘Nampak Baby Bump’ Netizen D4kwa Intan Ladyana Sedang Ham1l?

Artis Semasa

TENGAH seronok belek-belek video dalam aplikasi TikTok, muncul sebuah video daripada seorang netizen yang men.dakwa pelakon Intan Ladyana sedang berbadan dua.

Berdasarkan beberapa keping foto dan sebuah video yang dikongsikan pengguna TikTok tersebut, memang terlihat jelas bentuk baby bump pada perut isteri kepada pelakon dan penyanyi Harris Alif itu.

Jika diperhatikan pada susuk Intan memakai baju berwarna merah, jelas kelihatan perutnya terlihat sedikit ‘buncit’. Tetapi pemeriksaan Diva dalam Instagram Intan menunjukkan gambar berkenaan diambil sekitar Mei lalu.

Tapi perkongsian Intan beberapa hari lalu paling menarik perhatian ramai apabila dia dilihat menutup bahagian perut dengan bantal dalam sebuah video, seolah-olah hendak menyembunyikan sesuatu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INTAN LADYANA (@intanladyana)

Jika benar Intan hamil, tak sabar rasanya nak tunggu bayi itu lahir kelak. Mesti comel sebab bapanya juga kacak.

Komen Netizen:

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik.

Sumber:K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *