Berhijab Kini, Penghijrahan 10 Selebriti Wanita Ini Dipenuhi Cerita Tersendiri

Artis

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita tanah air yang memilih untuk berhijab sekaligus membuka lembaran hidup yang baru. Pelbagai sebab dan cerita, semuanya mempunyai rahsia tersendiri yang membuatkan hati mereka diketuk untuk berhijrah.

1. Betty Rahmad

betty rahmad hijrah

Bagi Betty, hatinya tersentak setiap kali membaca satu ayat di dalam surah Ar-Rahman yang berbunyi, ‘nikmat Tuhan mana yang engkau dust4kan?’. Disebabkan itu, wanita berkenaan mengambil keberkatan Awal Muharram untuk berhijrah ke imej yang baru.

2. Izara Aishah

izara aishah

Tanpa sebarang berita, Izara dilihat terus memadam kesemua entri tidak bertvdung di laman Instagram sebelum memuat naik fotonya mengenakan tudung labuh. Tidak bercerita panjang, wanita itu dilihat menetapkan hati untuk menukar imejnya sambil berterima kasih atas komen baik daripada orang ramai.

3. Siti Elizad

Siti Elizad

Masih belum memakainya dengan sempurna namun Siti Elizad mengharapkan agar dia akan perlahan-lahan mengubah imejnya itu. Malah pelakon tersebut semakin rajin menghafal ayat al-Quran kini.

4. Vicha Saywho

vicha saywho

Berharap agar istiqamah, Vicha mendedahkan bahawa dia memilih untuk berhijab penuh kerana segan untuk berhadapan dengan anak-anaknya. Semoga wanita itu terus kuat dengan niatnya.

5. Aprena Manrose

Aprena Manrose

Kuat kerana doa yang ditinggalkan oleh peminat, Aprena akhirnya berkongsi bahawa dia kini sudah pun berhijab penuh.

6. Ashira

ashira berhijab

Kongsi Ashira, keputusan untuk berhijab mula berkoc4k di dalam hatinya semasa menjalani proses kuar4ntin kendiri baru-baru ini. Tambahnya, dia mengambil iktibar daripada pem3rgian orang terdekat dek COV1D-19 dan nekad mahu melakukan penghijrahan meskipun masih belum sempurna.

7. Farah Nabilah

Farah Nabilah bertudung

Tidak mended4hkannya secara spesifik, namun Farah kelihatan senang berhijab dalam beberapa entri di laman Instagramnya baru-baru ini.

8. Nana Mahazan

Nana Mahazan

Sudah lama memasang niat untuk berhijab, akhirnya Nana menemui kekuatan untuk melaksanakannya. Walaupun masih perlu banyak belajar, namun wanita itu berterima kasih atas doa semua.

9. Oktovia Manrose

oktovia manrose berhijab

Mahu mencari keredaan Allah SWT, Oktovia mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah pun bertudung semenjak Aidilfitri lalu. Walaubagaimanapun, dia tidak mahu terlalu berkongsi cerita mengenainya selain akan memilih watak yang bersesuaian dengan imej barunya selepas ini.

10. Fieya Julia

fieya julia berhijab

Lama menanam keinginan tersebut, Fieya akhirnya membuat keputusan itu selepas penat dengan kehidupannya sebelum ini. Bahkan, penyanyi muda ini turut memadam kesemua gambarnya yang tidak menutup aur4t sebagai petanda permulaan hidupnya yang baru itu.

Kita doakan yang baik-baik buat penghijrahan mereka ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://beautifulnara.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *