Betul Ke? DS Vida Jawab D4kwaan Bakal Berkahwin Dgn Bekas Pembantu Peribadi, Iqbal

Artis

Ramai yang gembira dan mendoakan Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu bekas pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri (DS) Vida. Bukan apa, dengar ura-ura mahu berkahwin, betul ke?

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal atau mesra dipanggil Iba telah memuat naik video klip pendek perbualan di antara DS Vida dan Dato Seri (DS) Aliff Syukri. Perbualan tersebut mendedahkan Iba bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Foto – @ahmadiqbalzulkefli (Instagram)

“Mana Iqbal? Dengar cerita nak kahwin. DS kahwin dengan Iqbal lah”, cakap DS Aliff.

Dalam perbualan tersebut, DS Aliff mendedahkan dia mahukan Iba dan DS Vida berkahwin. Tidak mahu mengambil serius akan hal tersebut, ini respon DS Vida;

“Tak adalah. Kita kena cari orang yang sama dengan kita, separuh abad ini”, balas DS Vida.

Tambah DS Aliff tidak salah untuk memilih dan menerima Iba sebagai calon suaminya. Ujarnya walaupun Iba lebih muda daripada DS Vida, tidak bermakna Iba tidak matang dalam kehidupannya.

“Pucuk muda lagi muda kan DS. Yang muda tak semestinya tak matang, yang tua tak semestinya matang”, seloroh DS Aliff.

VIDEO :

Manakala Iba pula menjelaskan DS Aliff suka bergurau dan sering bertanyakan soalan sebegitu jika bertemu atau berbual dengan DS Vida.

Muka Seiras Atlit Olimpik, DS Vida Buat Parodi Cuit Hati Netizen

Pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida kembali mencuri perhatian netizen apabila dia beraksi lucu gara-gara wajahnya yang dikatakan seiras seperti kembar dengan seorang atlit wanita yang berentap di Olimpik Tokyo 2020.

Atlit yang bernama Cindy Billaud itu baru-baru ini menjadi tular di media sosial buat seketika kerana mempunyai ciri-ciri wajah seiras di bahagian mulut dan mata seperti DS Vida.

Pengusaha kosmetik itu kemudian dilihat begitu ‘sporting’ apabila dia ada membuat video parodi seperti sedang berlatih untuk kejohanan berprestij itu di laman Instagram.

Warga netizen baru tahu ke saya masuk Olimpik. Haha lucu ramai tag mention kata sama. Macam ni lah saya kalau kurus dan sadok kan. Yang penting bibir tu. Netizen memang pantas dan lawak.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil mengusik ibu kepada pelakon Cik B itu dan memuji Vida kerana sering memberi hiburan masa lapang buat mereka di media sosial.

DS Vida mohon maaf selepas dikec4m hebat

Selepas dikec4m hebat berikutan dakwaan memperlekehkan kempen mengibarkan bendera putih, jutawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf menerusi siaran langsung dalam Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, permohonan maaf tersebut dilakukan bagi menjernihkan semula keadaan, sekali gus membersihkan kembali imejnya.

“Saya tidak pernah berniat untuk merendah-rendahkan golongan susah. Semua itu hanya pandangan peribadi dan saya hanya berharap semua pihak terus berikhtiar untuk menjana pendapatan ketika musim pandemik.

“Justeru, sekiranya saya ada terkasar bahasa atau ada pihak terasa hati dengan setiap tutur kata saya, saya mohon maaf. Niat saya hanya satu, kerana Allah SWT,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Tambah pelantun lagu I Am Me itu, dia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk bermegah dengan kekayaan dan kemewahan yang dimilikinya.

“Saya tiada niat untuk ri4k walau sebesar zarah sekalipun atau menyombong. Bila saya beri contoh suruh meniaga itu ini, ramai pula yang salah faham.

“Dahulu saya juga tiada media sosial, susah nak minta bantuan. Zaman sekarang semuanya mudah dengan media sosial, jadi jangan berhenti berusaha,” katanya lagi.

Selain itu, Vida turut mencadangkan penggunaan lampin pakai buang ditukar kepada kain lampin.“Ketika ini, mungkin ini cara terbaik untuk berjimat, dengan menukar penggunaan lampin pakai buang kepada lampin kain.

“Jangan salahkan keadaan, ambil hikmah depan mata. Jika anda rasa susah, ada lagi yang lebih menderita,” ujarnya lagi.

Dalam siaran langsung sama, Vida kelihatan sebak ketika mengalunkan bacaan surah Ar-Rahman sebelum memulakan sesi sidang akhbar secara virtual tersebut.

Bahkan, Vida juga memohon kepada semua netizen dapat menyebarkan lagi tanda pagar #usahajanganmalas dengan harapan ungkapan tersebut menjadi sohor kini dalam media sosial.

Apa pendapat kamu, setuju tak?

Sumber : murai.my / Konline / kmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *