[VIDEO]”Nɑngis Tengok Video Ni..”- Ibu Rebɑh Saat Anak Hadiahkan Banglo Mewah

Keluarga

Setiap manusia yang bergelar anak pasti ingin membahagiakan ibu bapa seperti memberi mereka hidup lebih selesa, dan beri mereka rasa bangga dengan apa yang dicapai oleh anak-anak.

Ia adalah demi membalas jasa dan pen4t lel4h mereka walaupun tidak terbalas rasanya dengan usaha yang mereka lakukan untuk membesarkan kita.

Seperti kisah yang sangat memberi inspirasi dari seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Juzailah Syariff, dia telah memuat naik video perkongsiannya menghadiahkan orang tuanya sebuah rumah banglo setelah berpuluh-puluh tahun tinggal di rumah flat.

Menurut Juzailah, rumah banglo yang terletak di kawasan elit itu adalah salah satu penghargaan buat ibunya yang telah membesarkan mereka empat beradik dengan segala kudrat yang ada.

Menurutnya lagi, itu adalah hasil pen4t lel4hnya membina empayar perniagaan selama empat tahun agar ibunya hidup lebih selesa.

“Alhamdulillah pen4t lel4h selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat belikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah skrg..

“Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.

“Kami ambil ummi di rumahnya di Flat Bandaraya Sri Perak Sentul, dimana rumah berkeluasan 400 kaki itulah tempat kami empat beradik dibesarkan oleh seorang itu tunggal yang sgt cekal.

“Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini.
Terima kasih ummi

“Cuma apa yang buatkan saya seb4k sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi p4nik!”

Di dalam video tersebut kelihatan ibunya sungguh gembira, namun lurvhnya jantvng si anak apabila ibunya tiba tiba reb4h di dalam kegembiraan itu.

“Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak reb4h lem4h.”

“Ummi pula ada s4kit jantvng, jantvng pakai bat3ri dan dar4h t1nggi Ya Allah bayangkan macam mana berder4u ada saya!

Ujar Juzailah, biarpun rumah flat di Sentul mempunyai banyak kenangan bersama keluarganya, namun hadiah terbabit sebagai tanda terima kasih buat ibunya lagi pula ibunya sudah berusia jadi dia ingin menjaga ibunya di depan mata.

“Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi sampai nak reb4h lemah tadi?

“Ummi jawab “bersyukur sgt pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dkt anak-anak ummi, dpt menumpang hidup duduk rumah selesa”

“Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dekat flat sebab ramai kawan, senang nak pergi terawih dan mengaji.”

“Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah itu terlalu banyak memori dan kenangan.

“Cuma sekarang ummi dah berusia dan kesihatan tak seberapa.. Jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dengan kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama-sama selepas ini”

Video tular di Instagra

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Juzailah Shariff (@juzailahshariff)

Juzailah juga berharap agar dia dan adik beradik diberi kesempatan menjaga dan membahagiakan ibunya.

Justeru dia akan berusaha lebih kuat untuk memastikan segalanya lengkap buat ibu tercinta kerana tidak mahu hidup susah seperti dulu.

“Moga Allah bagi kesempatan untuk kami jaga ummi pula.. Walaupun apa yang kami buat ini sbnrnya belum cukup untuk balas jasa dan pengorb4nan ummi

“Ju harap ummi bangga dgn pencapaian anak2 ummi skrg dan in shaa Allah kami akan terus berusaha lagi.. Kita dulu org susah. Susah sangat! Ju masih ingat semua tu…

“Terima kasih ummi selalu mendoakan kami dan tak pernah kenal erti penat cari rezeki untuk kami.”

Perkongsiannya itu telah menyentvh hati netizen kerana dapat merasa bangganya hati seorang ibu apabila melihat kejayaan anak-anak di kandung dan dibesarkan berjaya sehingga ke tahap ini sampai rebah dek kerana bersyukur dengan ketentuan Allah SWT.

Malah, ramai yang mendoakannya supaya sentiasa dirahmati Allah SWT, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: YOY Network

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *