“Teringin Rasanya Melihat Wajah Awak Di Mahkam4h Nanti” – Suami Sheila Rusly

Artis

Pengarah terkenal Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo,55 nekad untuk meneruskan sam4n terhadap sebuah halaman (page) akaun Facebook yang dikenali sebagai ‘Kaki Komen’ selepas pengendalinya mendakwa isteri Jinggo yang juga penerbit dan pelakon, Sheila Rusly mahu menyatukan hubungan anaknya, Uzair Haqimy dengan Janna Nick namun tidak kesampaian apabila ditolak oleh pelakon itu lalu memilih Elisya Sandha sebagai menantu.

Sam4n Akan Ditarik Jika Ada Bukti

Menerusi laman Instagram Jinggo, dia berkata tindakan sam4n akan ditarik semula sekiranya pihak halaman tersebut mempunyai bukti mengenai dakwaan mereka.

“Bismillah, sam4n saya secara automatik akan gvgvr pada awak @kaki_komen_ kalau awak tunjukkan bukti dan sumber yang membenarkan kenyataan awak. Teringin raanya melihat wajah awak di mahkamah nanti. Jumpa nanti” tulis Jinggo

Kaki Komen Mohon Maaf

Dalam pada itu, menerusi carian terbaru, pengendali halaman Facebook itu telah memuatnaik permohonan maaf secara terbuka pada Selasa.

“Kami selaku Admin Kaki Komen ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan caption tentang Elisya Sandha Dan Sheila Rusly, Dengan ini ,kami ingin memohon maaf pada keluarga Jinggo Sheila Rusly dan keluarga Elisya dan mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi juga pada sesiapa pun, saya mahu berkongsi kesedaran saya dengan rakan rakan blogger yang lain supaya pastikan sumber itu benar sebelum membuat posting kerana sesungguh dosa dan pahala.Syurga neraka itu benar” katanya dalam sebuah status

Sebelum ini,  melaporkan Shelia turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang ditulis akaun tersebut dan mencabar mereka untuk mengemukakan bukti atas apa yang diperkatakan.

Sumber : murai.my via https://bartasangbad.site/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *