Tiba2 nama Janna Nick muncul, perkahwinan anak Sheila Rusly dikaitkan punca hubungan ret4k “Fitn4h itu mengg0res hati keluarga dan menantu saya”

Artis

UMPAMA rumah siap pahat berbunyi, perkahwinan anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy didakwa menjadi punca hubungan retak penerbit terkenal itu dengan aktres Janna Nick.

Berang dengan tuduhan itu, Sheila, 50, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyifatkan ia satu fitn4h melampau lebih-lebih lagi membabitkan maruah keluarga.

“Cukup-cukuplah menabur fitnah! Benda lain saya boleh tolak tepi tapi ini maruah keluarga saya.

“Ramai blogger di Facebook memanjangkan isu ini dengan berkongsi fitn4h tersebut. Ia tidak benar!” katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram, Sheila berkongsi paparan skrin satu Facebook Page menulis mengenai punca hubungannya dengan Janna Nick retak kerana aktres itu menolak untuk dikahwinkan dengan anaknya.

sheila rusly 3

Sheila jawab fitn4h yang ditulis oleh satu pemilik akaun Facebook.

“Dulu Sheila Rusly nak recommend Janna Nick untuk anak Sheila Rusly tapi Janna Nick tak nak jadi pilih Elisya Sandha ni.

“Kepada perempuan di luar sana, kalau mak atau mak angkat awak nak recommend calon terima sajalah sebab itu jalan terbaik,” tulis pengendali akaun Facebook berkenaan.

Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kalah!

SHEILA RUSLY

PELAKON

Dalam pada itu, Sheila mencabar pihak yang menyebarkan fitn4h berkenaan agar tampil dengan bukti jika dakwaan itu benar.

“Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kalah.

“Kepada mereka yang mencanang fitn4h, sila tunjukkan bukti… saya sanggup berdepan,” ujarnya.

sheila rusly 2

Fitnah itu menggores hati keluarganya dan menantu.

Sementara itu, suami Sheila yang juga pengarah terkenal Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya pula berkata fitnah yang ditulis pengendali akaun berkenaan telah mengg0res hati menantunya.

“Dengan nama Allah kenyataan awak Kaki Komen (pemilik akaun Facebook) adalah dusta dan fitn4h serta telah menggores hati menantu saya juga maruah keluarga dan menantu saya.

“Sebelum surat sam4n saya sampai pada awak… percayalah syurga dan neraka itu benar kecuali awak dilahirkan tanpa agama,” katanya.

Pada 21 Ogos lalu, anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy, 25, selamat disatukan dengan pelakon Elisya Sandha di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID), Selangor.

Sumber : mstar via https://bartasangbad.site/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *