“Tuanku Pun Peminat Remy Ishak Ke?” -Untungnya Dapat Hadiah Kahwin Daripada Agong

Artis Semasa

Remy Ishak dan pasangan, Ezza meluahkan rasa gembira apabila menerima hadiah  kiriman khas daripada pihak Istana Negara.

Hadiah yang dikirim oleh ang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu dibalut dengan kotak warna kuning.

Kredit foto: IG

“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhir4t serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku,” tulisnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Di ruangan komen ramai yang c3mburu dan menyatakan Remy amat bertuah keranan mendapat hadiah tersebut.

Antara komen:

“Untungnya dapat hadiah daripada Agong, bukalah nak tengok apa di dalam.”

“Alhamdulilah, bertuahnya, mesti Tuanku Permaisuri peminat setia lakonan Remy Ishak,” ujar Violetsareblueflorist.

Wah, Tuanku pun peminat Remy macam mak Shuib juga lah tu!

Sumber:CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *