Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita yang seorang ini, Farah Nabilah dimana dia kini semakin bahagia bersama suami dan seorang cahaya mata lelaki.
Meskipun agak lama tidak dapat melihat Farah Nabilah yang nampaknya lebih fokus menjadi ibu kepada anak sulungnya di kaca televisyen, namun peminat dapat menarik nafas lega kerana dia tetap aktif di laman Instagram peribadinya.
Dalam pada dia berkongsikan telatah anaknya atau penampilan dirinya, ramai sebenarnya begitu tertarik dengan Farah Nabilah yang semakin manis memakai seledang.
Walau bagaimanapun, bertambah teruja peminat apabila dapat melihat Farah Nabilah dalam video terbarunya ini yang mana memaparkan dia bersama anak lelakinya yang diberi nama, Andre Omar.
Ini kerana Farah Nabilah begitu jelita dengan penampilan memakai hijab ini disamping tertarik dengan penerangannya mengenai satu produk yang turut digunakan oleh anaknya.
Sehingga ada yang seperti melihat dirinya yang pernah popular sebagai watak Cik Reen dalam drama berjudul Cik Reen & Encik Ngok Ngek. Lalu rakaman video yang dikongsikannya itu telah ditonton sebanyak hampir 300,000 kali.
View this post on Instagram
Rakan baiknya, Izara Aishah bagaimanapun turut meninggalkan kata pujian terhadapnya di ruangan komen dimana ratusan reaksi telah diterima oleh Farah Nabilah di posting tersebut.
“Cantiknya my fren”
“Cantiknya…”
“Eiii cantiknya!!! Pernah…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL