“Hanya srahkan pda Allah..” Muatnaik Foto Terkini, Ashira Mula Berhijab.

Semasa Viral

Sejak beberapa minggu lalu ramai selebriti wanita tanah air telah mengumumkan diri mereka kini tampil berhijab. Ada yang mengambil keberkatan Awal Muharram dan tidak kurang juga ada yang membuat keputusan tersebut selepas membaca pelbagai kisah pengajaran dan pengalaman tersendiri untuk berhijab.

Ashira Manis Berhijab 

Selain Betty Rahmad, Izara Aishah, Nana Mahazan, Aprena Manrose,kini giliran penyanyi Ashira Aziz untuk tampil berhijab. Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, kelihatan pelantun Di Ombak Resah ini berkongsi fotonya yang kelihatan manis bertudung. Meskipun tidak menyatakan dirinya kini berhijab, namun berdasarkan kapsyen yang ditulis isteri kepada Bad Indigo ini memberi bayangan bahawa dirinya dalam masa untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

“Tidak kira di tahap mana anda sekali pun, hanya serahkan segalanya pada Allah. Sekurang-kurangnya anda mencuba” tulis Ashira di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Rakan Selebriti, Peminat Doakan Ashira 

Menguatkan lagi Ashira kini sememangnya berhijab, di ruangan komen ramai peminat dan rakan selebriti seperti pengarah Datuk Ayu Puteh, Nita Hamzah dan Sharifah Zarina gembira melihat penampilan tersebut dan penyanyi ini turut meminta mereka mendoakannya untuk terus beristiqamah.

“InsyaAllah..Doakan ya. Terima kasih” balas Ashira di salah sebuah komen

Terdahulu, Ashira serta bapa dan ibu tirinya telah dis4hkan p0sitif C0VID-19. Bagaimanapun, pada 2 Ogos lalu ibu tirinya, Norma Ariffin telah menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka akib4t wab4k tersebut.

Sumber:https://murai.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *