“Tolong maafkan saya” Remy Ishak mohon maaf Ramai peminat wanita ‘patah hati’

Uncategorized

ernikahan pelakon kacak, Remy Ishak dengan pilihan hatinya, Ezza Yusof semalam sememangnya disambut dengan begitu gembira oleh para peminat.

Walaupun majlis pernikahan berjalan dengan ringkas dan hanya diadakan di masjid sahaja, ia tetap terlihat sempurna berikutan perkara wajib yang sudah lama tertangguh dapat dilangsungkan dengan lancar.

Minta maaf kalau ada yang betul2 patah hati

Menerusi media sosial, banyak  video dan luahan-luahan nakal peminat wanita yang mengakui patah hati dengan perkahwinan hero pujaan mereka.

Jadi, Remy menerusi Instagramnya telah memohon maaf kepada semua andai benar-benar ada yang patah hati dengan pernikahan tersebut.

Terhibur dengan gurauan peminat

Menurut jejeka berusia 39 tahun itu, dia menerima banyak mesej dari kawan-kawan dan keluarga yang menghantar video luahan ‘patah hati’ peminatnya yang begitu kreatif.

Pelakon itu beranggapan peminatnya hanya bergurau dan mengakui terhibur menonton video-video tersebut.

Akan sentiasa hiburkan dengan lakonan

Jadi, dia berharap agar mereka terus menyokongnya kerana berjanji akan tetap menghiburkan mereka dengan projek-projek lakonannya pada masa akan datang.

Pelakon kelahiran Melaka itu juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang setia bersamanya sampai ke hari ini.

Remy Ishak dan Ezza Yusof telah selamat melangsungkan pernikahan pada Sabtu 21 Ogos 2021 setelah 9 tahun mengenal hati budi masing-masing.

Pelakon kelahiran Melaka itu juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang setia bersamanya sampai ke hari ini.

Remy Ishak dan Ezza Yusof telah selamat melangsungkan pernikahan pada Sabtu 21 Ogos 2021 setelah 9 tahun mengenal hati budi masing-masing.

Pada 2017, mereka pernah bertunang dan 2019 dikhabarkan ikatan tersebut terlerai. Namun, jodoh yang masih kuat membuatkan mereka tetap bersama hingga sah bergelar suami dan isteri.

Sumber : ohmymedia

Sama cantik sama padan sangat Semoga ikatan yang terjalin ini kekal hingga ke Jannah

Pelakon, Remy Ishak, 39, selamat bernikah dengan pasangannya, Roszaliza Yusof, 38, di Masjid Negara di sini, pada jam 1 petang, hari ini.

Remy berkata, maka bermulalah sudah perjalanan kehidupannya sebagai suami dan selain memanjatkan kesyukuran atas kelancaran majlis yang diadakan.

“Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri. Mohon doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua,” katanya.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Razman Yusof dengan Remy menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Majlis pernikahan itu diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Ia hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan.

Pada majlis itu, busana kedua mempelai mendapat sentuhan pereka muda, Mirol Jonit.

Beberapa jam sebelum akad nikah, Remy berkongsi rasa persediaannya menerusi ciapan di Twitter. Dia juga meluahkan kekec3waan kerana beberapa ahli keluarganya tidak dapat bersama kerana situasi pand3mlk.

“Saya boleh lakukannya. Dah berlatih banyak kali dalam drama kot.Tolonglah.

“Yang sedihnya, semasa kakak, Erol dan Daus menikah, aku selalu ada. Kena jaga keluarga. Tapi, bila giliran aku, Covldl9 memang kejam. Allah lebih mengetahui,” ciap Remy disertakan dengan emoji kesedihan.

Sebelum ini, perancangan majlis pernikahan Remy dan Ezza sudah kali ditunda sejak Mei lalu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Terdahulu Remy membuat pengumuman esklusif melalui satu temuramah bersama program Gempak TV di Astro Ria Saluran 104 HD mengenai tarikh pernikahannya.
Sumber : Hmetro via http://transformasi.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *