Sambut Hari Jadi Ke-50 Tahun, Hans Isaac Tk Sangka Terima Hadiah Paling Istimewa.

Artis Semasa

Pada 20 August, genap umur Dato’ Gerald Hans Isaac mencecah 50 tahun. Dalam perkongsiannya di Instagram, pada tahun ini dia menerima hadiah paling istemewa sempena umurnya 50 tahun.

Sumbangan Kepada Golongan Ibu Tunggal

Berdasarkan penulisannya di Instagram, Hans Isaac menceritakan aktiviti sumbangan yang dilakukan bersempena rakan-rakannya dan beberapa kelab serta pertubuhan untuk memberikan sumbangan asas kepada ibu-ibu tunggal.

Semalam adalah sangat istimewa…

Sempena hari penting dalam hidup ini, saya bersama rakan-rakan @kelabkitabudakampang dengan bersama Pertubuhan Wanita Pawana (PAWANA) memberikan sumbangan barangan asas kepada ibu-ibu tunggal di sekitar pangsapuri Seri Impian, Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Berterima Kasih Kepada Orang Di Sekelilingnya

Dia juga turut berterima kasih kepada sahabat, rakan-rakan serta semua yang terlibat kerana berjaya menjayakan program sumbangan yang dijalankan di sekitar pangsapuri Seri Impian, Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Hadiah Paling Istimewa

Baginya, dapat bersama dengan masyarakat merupakan hadiah yang paling istimewa dalam meraikan hari lahir yang ke 50.

“…pada saya, inilah hadiah paling istimewa sempena hari lahir saya yang ke 50, hari ini dapat bersama dengan masyarakat.”-tulisnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)

Sumber:https://murai.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *