CAIR hati peminat apabila pelakon Aeril Zafril membaca nukilan yang ditulis untuk puteri kesayangannya, Hayla Adzkiya sempena ulang tahun kelahiran yang keenam baru-baru ini.
Bukan setakat netizen, Diva sekali ‘h4nyut’ membaca madah penuh puitis yang dikarang Aeril untuk anak keduanya itu.
Dalam nukilan tersebut, suami kepada Wawa Zainal itu memberitahu bahawa kelahiran Hayla menyempurnakan lagi kehidupannya suami isteri selepas memiliki anak sulung iaitu Attar.
Bahkan, Aeril turut berjanji untuk menjadi seorang bapa yang baik untuk menjaga anak-anak yang diamanahkan Tuhan kepadanya.
Perkongsian Aeril ternyata membuatkan pengikutnya dalam Instagram berasa ters3ntuh dan terharu. Masing-masing menganggap pelakon itu sebagai seorang bapa mithali.
Beruntung Wawa serta anak-anak. Sudahlah dapat suami dan ayah yang tampan, baik hati dan penyayang pula itu.
Diva doakan supaya Aeril sentiasa bahagia dan dipanjangkan usia.
DIVA: Semakin ramai selebriti wanita berhijrah dan berhijab. Selebriti lelaki pula, ramai yang masuk tabligh.
Puitis:
“Ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah : HAYLA ADZKIYA di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6.
Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan keluarga kita ‘Syurga Kecil’ di dunia yang tak kekal ini.
Semoga semuanya jadi kenang-kenangan indah yang mengindahkan perjalanan hidup Hayla sampai bilapun. Sekurangnya, menjadi bukti dan saksi yang ayah mencuba menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kita ini.
Ayah mohon maaf seawalnya, jika selepas ini hingga Hayla berusia REMAJA ; ayah akan sedikit teg4s dalam menjaga dan menuntun Hayla. Segalanya demi kasih sayang murni ayah dan ‘bekalan’ pada Hayla, meraih kejayaan dan keselamatan dunia akhir4t. insyaALLAH.
Kerna ayah mengerti, selepas usia remaja, masa untuk Hayla selalu bersama ayah dan mama akan makin berkurangan. Ayah redha semua itu nanti, tapi yang ayah bimbang dan TIDAK REDHA jika Hayla kelak ‘tertipu’ dengan permainan dunia dan ‘dipanggang’ dengan jilatan api neraka (Na’uzubillah).
Jadi, ke mana pun Hayla pergi nanti, ayah mahu Hayla bawa dan jaga ‘hak’ ALLAH sebaiknya. Mahu berbuat apa pun, selalu bayangkan ayah dan mama – jangan pecahkan hati dan perasaan kami. insyaALLAH selamanya Hayla kan ‘ terjaga’ dan dicucuri rahmat kejayaan.
Nanti ayah akan sambung catatan ini lagi…dan ayah yakin satu hari nanti Hayla akan membaca dan mengerti pesanan ini. Mungkin waktu itu ayah sudah tiada lagi tapi tolong buatkan ayah ‘bangga’ di hadapan Tuhan, punya anak solehah seperti Hayla.
Demi ALLAH, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang … Hayla Adzkiya!”
Petikan Asal puitis Ig Aeril_zafrel
View this post on Instagram
Sumber:https://www.kosmo.com.my/
Smber:aeril_zafrel