KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan, Shuib, 36, menerusi audio WhatsApp telah pun mengampuni khilaf pempeng4ruh, Aisar Khaledd pada pagi 11 Ogos lalu.
Audio itu dimuat naik oleh Aisar di akaun Instagramnya sebentar tadi.
View this post on Instagram
“Tidak mengapa… saya dari awal dapat tahu dan tengok video itu, saya sudah maafkan awak. Tiada gunanya saya nak s4kit h4ti nak berdend4m. Saya nak mudahkan urusan semua orang sebab saya juga minta Allah mudahkan urusan saya.
“Jadi saya tidak mahu berbuat salah juga tidak mahu menyusahkan orang lain. InsyaAllah awak orang hebat dan baik, terus buat kebaikan,” ujarnya.
Shuib atau Shahmira Muhamad juga berkata, di dunia ini tiada manusia yang sempurna malah dia mengakui ada kekurangan dan khilaf pada diri sendiri.
“Saya juga selalu berbuat salah dan d0sa. Banyak d0sa saya dengan Allah. Tapi mungkin apa yang kita boleh ambil pengajaran ini, janganlah kita membuat kesalahan sama atau pun kita tidak perasan kesalahan itu tidak sepatutnya kita buat.
“Saya doakan awak terus menjadi YouTuber yang hebat, baik dan bagus. Gunakan platform kita untuk sebarkan kebaikan. Jangan jadi orang yang terlalu seronok membuat kandungan sampaikan akhirnya nanti, apa yang kita buat itu akan makan diri kita sendiri.
“InsyaAllah kita kena ingat kemat1an cukup hampir dengan kita, cuma tidak tahu bila. Jadi semoga kebaikan yang kita buat di atas muka bumi ini menerusi platform yang Allah bagi untuk perkara baik untuk semua dan kita,” tuturnya.
Sementara itu, Aisar berterima kasih kepada arw4h suami penyanyi Siti Sarah Raissuddin dan mengakui ujian yang dilaluinya awal Ogos lalu telah merubah hidupnya.
Terdahulu Aisar membuat dan memuat naik kandungan melawat pus4ra arw4h dan menjadikan bahan itu sebagai kandungan berbentuk peraduan. Pun begitu, selepas dihent4m rakyat Malaysia, Aisar telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka dua kali dan memadam kandungan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 106K views,26,782K likes dan 329comments di Instagram.
Berikut di bawah adalah anatar komen daripada netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber Utusan via Ig aisar_khaledd