“Cantik Pasangan Suami Isteri dengan serba putih..” – Remy Ishak dan Ezza selamat diijab kabul

Artis

Tahniah diucapkan pada Remy Ishak dan juga Ezza Yusof yang mendirikan rumah tangga pd hari ini. Semoga hubungan yang dibina ini sentiasa dibawah kurnia dan berkat dari Yang Maha Esa.

Terdahulu, Remy dan Ezza Yusof bertunang pada Mei 2017 dan berpisah beberapa tahun selepas itu.

Namun, Remy menjelaskan sebab berpisah:

“Benar kami sudah putus tunang tetapi apa yang berlaku bukan salah dia (Ezza) kerana dia seorang wanita yang baik dan bukan disebabkan orang ketiga.

“Keputusan ini saya buat dengan berat hati selepas mendapati saya masih belum boleh menjadi seorang lelaki untuk menjaga orang lain dan mendirikan rumah tangga… Saya belum mampu.

“Apabila saya tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini jadi adalah lebih baik saya lepaskan Ezza kerana itu adalah tidak adil untuknya kerana saya tak mahu menahannya dalam hubungan itu,” kata Remy.

Tetapi dalam wawancara tersebut, Remy Ishak juga ada bercerita mengenai Ezza Yusof:

Remy Ishak berkata, dia tidak menolak kemungkinan hubungan mereka akan kembali bertaut sekiranya mempunyai jodoh pada masa hadapan.

“Kami mungkin bukan lagi pasangan tetapi tetap berkawan baik malah masih bekerjasama sebagai rakan kongsi dalam perniagaan. Sekarang saya anggap tempoh bertenang dalam mencuba memperbaiki kelemahan diri yang ada. Selebihnya ia terlalu peribadi untuk saya kongsi kepada umum dan berilah ruang kepada kami tambahan pula banyak hati tang perlu kami jaga,” ujarnya.

Pelakon kesayangan ramai, Remy Ishak, 40 selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan, Ezza Yusof sebentar tadi. Perkembangan itu dikongsikan individu rapat kepada Ezza, Julieanaanna menerusi Instastorynya sebentar tadi.

Kedua pasangan manis mengenakan persalinan serba putih. Majlis berlangsung sederhana di Masjid Negara dengan kehadiran terhad kepada keluarga dan kenalan terdekat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *