Wani Comel Meningg4l Duni4 Akib4t C0vid-19

Artis

Seorang gadis obesiti Wani Comel yang pernah berhadapan konflik dengan Datuk Seri Aliff Syukri disahkan telah meninggal dunia pada malam tadi.

Wani Meninggal Dunia Bersama Teman Rapat

Sebelum itu, difahamkan anak kepada pengendali sebuah akaun medial sosial popular yang juga penjaga Wani, Putri Nur Rabiatul Nabibah Binti Riduan terlebih dahulu dijemput Ilahi pada jam 4.40 pagi hari yang sama.

Allahyarhamah yang merupakan teman rapat Wani juga meninggal akibat jangkitan wabak tersebut.

Perkara berkenaan telah disahkan sendiri menerusi satu perkongsian di Instagram.

“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9pm tarikh 18 Ogos 2021. Wani pergi dihari yg sama anak saya meninggal.Mereka berdua meninggal disahkan Covid 19..Allahuakbar Allahuakbar

 

“Sayu hati saya 2 insan yg saya sayangi telah pergi dihari yg sama. Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan AlFatihah utk Wani Comel & Putri Nur Rabiatul Nabihah,” ujar kenyataan yang ditulis di Instagram berkenaa.

Nama arwah mula menjadi perhatian ramai apabila berhadapan dengan kontroversi dengan Datuk Seri Aliff Syukri berkenaan dengan tajaan dan pelanggaran kontrak.

Sumber: kopiplanet.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *