“Beza 25 Tahun” – Dulu Selalu Ajak Selfie, Sekali Pemuda Ini Berjodoh Dengan Cikgu Sendiri

Keluarga Semasa

Benarlah kata orang, jodoh itu tidak mengenal usia. Ada sesetengah orang ditakdirkan berjodoh dengan pasangan yang lebih muda, ada juga yang berkahwin dengan mereka yang lebih berusia dan pangkat seperti ibu atau ayah sendiri.

Sama seperti sebuah video tular ini apabila kisah cinta antara anak murid dan gurunya berakhir dengan sebuah perkahwinan yang sangat bahagia telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dulu selalu ajak selfie, tak sangka pula bertemu jodoh dengan cikgu sekolah sendiri

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman akaun @samballana_bistro78, pemuda itu menceritakan kisah cintanya bersama si isteri yang merupakan cikgu di sekolahnya.

Ketika masih bergelar pelajar dulu, dia sering mengajak cikgu favouritenya itu untuk selfie dan keluar makan bersama.

Namun, siapa sangka akhirnya hubungan antara pelajar dan cikgu bertukar kepada title suami dan isteri pada tahun 2020 lalu.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah jarak usia antara mereka berdua mempunyai beza sebanyak 25 tahun dan itu bukanlah penghalang dalam rumah tangga mereka.

“Lepas tengok video ni baru aku sedar jodoh aku mungkin baru lahir atau masih tengah bermain-main dengan mamanya” – Netizen

Mendapat tontonan lebih 2.4 juta, 169.9K tanda suka serta 15.5K perkongsian di laman TikTok, ternyata kisah cinta mereka berdua telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang mengucapkan tahniah dan mendoakan rumah tangga pemuda itu dan isterinya, ada juga yang sempat berseloroh mungkin jodoh mereka masih kecil.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://says.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *