Dalam situasi kecem4san dan terdes4k, biasanya ramai yang akan melakukan perkara di luar jangkaan dan tidak pernah dibuat sebelum ini. Sama macam situasi yang dialami oleh seorang lelaki ini apabila dia begitu terdes4k untuk menumpang tandas polis semasa tersangkut di dalam keses4kan lalu lintas ini.
Oleh kerana terlalu lama berada di dalam keses4kan lalu lintas itu, lelaki itu bertindak berhenti di tepi jalan untuk meminjam tandas polis di sekatan jalan raya itu. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat keluar dari keretanya dan berlari ke seberang jalan di mana kelihatan beberapa anggota polis trafik sedang bertugas. Turut dapat dilihat, sebuah tandas yang ditempatkan berhampiran sekatan jalan raya itu.
Lelaki itu kemudian berlari menghampiri anggota polis trafik itu untuk meminta izin bagi menumpang tandas di situ. Nasibnya baik apabila mereka membenarkan lelaki itu menggunakannya di mana lelaki itu segera berlari ke tandas itu.
Lebih mencuit hati, lelaki itu dilihat langsung tidak berpaling ke belakang malah meluru berlari ke tandas dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ada yang menganggap mungkin juga lelaki itu dalam keadaan yang terdesak dan tidak lagi mampu bertahan lebih lama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. Ada juga yang memberitahu mereka juga pernah melalui situasi yang sama dan terpaksa menumpang tandas di tempat yang tidak dijangka.
“Orang cakap kalau rasa nak lepaskan lebih baik pendam tapi ada benda yang tak patut kita pendam…”
“Saya pernah tumpang rumah orang asli sebab tak tahan sangat masa tu nak pergi Cameron Highland…”
“Saya pernah ketvk pintu rumah orang nak tumpang kenc1ng sebab tak jumpa tandas…”
“Tabik lah dekat abang polis sporting…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber : HCL