[VIDEO] “Owner kereta ni pelik asyik kena hon..”Rupanya Ada Tampal Kertas Bertulis Ni..

Semasa

Melakukan pr4nk sekarang sudah menjadi ikutan ramai di media sosial dari seluruh negara

Kadang kala ia sangat melucukan dan kadang kala boleh mendatangkan kemarahan jika prank itu tidak sesuai dilakukan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi apa yang dilihatnya pada sebuah kereta mencvri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

“Bayangkan member dalam kereta tak tahu pun, tiba-tiba kena hon” – Netizen

Jumpa kereta tampal kertas dekat belakang suruh hon 2 kali untuk ucap happy birthday

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi apa yang dilihatnya ketika berada di jalan raya.

Dia menunjukkan sebuah kereta ditampal dengan kertas memberitahu “Harini birthday saya. Tolong hon 2 kali. Tq” tulisnya.

Tanpa memikir panjang gadis itu kemudian terus menyuruh pemandu disebelahnya untuk hon kereta tersebut seperti yang diminta.

Dia kemudian melakukannya buat kali kedua dan mahu membuka tingkap untuk mengucap selamat hari jadi, tetapi kereta itu memasuki selekoh yang berlainan pula.

Difahamkan rupa-rupanya pemilik kenderaan tersebut tidak tahu yang keretanya ditampal kertas tersebut dan memberitahu itu semua kerja kawan ofisnya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai kej4dian itu. Malah, ramai yang berpendapat sememangnya kenderaan itu telah dikenakan oleh orang terdekatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 173.5K likes dan 1,590 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image from @dyrasalleh (TikTok)

Image via @dyrasalleh (TikTok)
Image from @dyrasalleh (TikTok)

Image via @dyrasalleh (TikTok)
Image from @dyrasalleh (TikTok)

Image via @dyrasalleh (TikTok)
Image from @dyrasalleh (TikTok)

Image via @dyrasalleh (TikTok)
Image from @dyrasalleh (TikTok)

Image via @dyrasalleh (TikTok)
Image from @dyrasalleh (TikTok)

Image via @dyrasalleh (TikTok)
Image from @dyrasalleh (TikTok)

Image via @dyrasalleh (TikTok)

Kesian dia pun tak tahu kena prank dengan member 🙂

Sumber:says via @dyrasalleh (TikTok)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *