Mila Jirin Akui Muhyiddin Yassin Banyak Berjasa, Subsidi Upah Sangat Membantu

Semasa

PETALING JAYA – Penyanyi yang juga usahawan selebriti, Mila Jirin terhutang budi dan mengakui selama menduduki pucuk pimpinan negara, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah banyak berjasa dalam menangani penul4ran pand3mik Cov1d-19 selain menghulurkan bantuan kepada rakyat.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Persis Mutiara itu turut berkongsi kisah dirinya yang menjadi antara penerima bantuan daripada pihak kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin sepanjang tempoh pendem1k, contohnya memperkenalkan Program Subsidi Upah bagi membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Cov1d-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walau apa pun yang berlaku, saya nak ucapkan terima kasih Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas keprihatinan yang diberikan kepada kami, rakyat marhaen. Hanya Allah dapat membalas jasa Tan Sri dalam menguruskan negara berdepan pandem1k hebat ini.

“Banyak jasa Perdana Menteri dalam menangani wab4k Cov1d-19 dan bantuan kepada kami rakyat marhaen. Saya antara penerima subsidi upah yang amat banyak membantu syarikat dam membayar gaji pekerja,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, Mila mendedahkan bahawa dia telah menerima bantuan sejumlah kira-kira RM76,000 sebulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) dan RM38,000 bagi fasa seterusnya sehingga sekarang.

“Subsidi upah banyak membantu saya dalam kelangsungan untuk membayar gaji pekerja dan menstabilkan aliran tunai yang sangat terjejas. Pekerja saya pun ramai yang dapat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR),” jelasnya.

“Alhamdulillah. Syukur saya pada Allah SWT. Saya selalu detikkan dalam hati bantuan yang diterima ini adalah daripada Allah SWT kepada kita semua melalui hambanya. Jika tidak Allah SWT detikkan hati manusia untuk membuat keputusan, semuanya tidak akan berlaku,” ujarnya.

Menerusi hantaran sama, Mila juga mengajak masyarakat supaya menjaga tutur kata dalam media sosial dalam melontarkan pendapat terhadap Perdana M\menteri.

“Saya bukanlah ekstrem politik. Tak dinafikan, saya antara rakyat yang sangat rimas membaca pergolakan politik. Saya juga sedih melihat komentar yang ditulis netizen di media sosial berkenaan perdana menteri atau (ahli) politik lain.

“Ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Janganlah kita seperti orang yang melupakan jasa. Tolak tepi ekstrem politik anda. Beradab dalam berkata-kata dan kenang jasa serta bantuan yang diterima,” tulisnya.

Tambahnya, rakyat hanya melihat dari jauh dan tidak pasti sama ada apa yang didengar adalah sahih.

“Kita rakyat marhaen hanya melihat dari kejauhan. Kita baca, dengar dan lihat. Kadang-kadang, yang kita dengar belum tentu benar, yang kita lihat, belum tentu tepat dan yang kita baca belum tentu sahih,” tulisnya.

Kata Mila, dia bagaimanapun berasa agak sedih apabila membaca tulisan di beberapa media utama tentang desas-desus yang bakal berlaku dan pengesahan pengumuman akan dilakukan pada esok (Isnin) oleh Perdana Menteri sendiri.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan satu pengumuman besar berkenaan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berlaku esok.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof selepas Mesyuarat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebentar tadi.

“Insya-Allah akan ada pengumuman, apa-apa pun kita tunggu esok, kita nampak ada golongan  yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan rakyat digadaikan,” jelasnya.

Tambahnya, terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memastikan negara terus berstrategi dengan kepimpinan yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat. -K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.kosmo.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *