”Cantik..”-Izara Aishah Padɑm Semua Gambar Tak Bertudvng

Artis

PETALING JAYA – Pelakon Izara Aishah mengejutkan orang ramai apabila bertindak memadam ke semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertvdung dari laman Instagram miliknya.

Izara atau nama lengkapnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin berkongsi beberapa keping gambar terbaharu bertudung labuh sekali gus memberi bayangan dirinya sudah bertudung penuh.

Manis mengenakan busana muslimah berona per4ng, isteri kepada anak tiri kepada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid itu bagaimanapun menvtup ruangan komen dan tidak meninggalkan sebagai kapsyen pada foto yang dimuat naik.


Dalam gelanggang Twitter, ramai netizen mula bercakap tentang perubahan yang dilakukan ibu kepada Irisa Alaia itu.

“Cantiknya Masya-Allah. Seindah namanya Izara Aishah,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Stalk IG Izara Aishah, dah tiada gambar dia yang tidak menvtup avrat, alhamdulillah.

“Ya Allah, permudahkan urusan semua hamba-Mu yang sedang perbaiki dirinya untuk menjadi yang lebih baik, soleh dan solehah,” ciap seorang pengguna lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:– K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *