Shuib Tak Ada Sel3ra Makan, Masih Terpanggil Nama Arwɑh

Artis

Pelawak Shuib mengakui mengalami banyak kejangg4lan selepas kem4tian isterinya, Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin yang men1nggal dun1a Isnin lalu.

Bagaimanapun menurutnya, dia sangat bersyukur dengan pertolongan Allah yang memudahkan banyak perkara dalam hidupnya sekarang.

Foto: IG

“Kalau nak disenaraikan kawan-kawan yang tawarkan hantar makanan, memang tak terkira antaranya Sharnaaz Ahmad dan Alif Satar.

“Sehinggakan mereka kata bagi isyarat saja nak makan, makanan akan sampai, terasa nak makan apa, makanan pasti sampai.

“Namun, dah seminggu selera makan saya tiada sebab hidung belum berapa okay dan tak dapat c1um bau,” katanya selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arw4h Siti Sarah yang berlangsung secara virtual, semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Shuib juga berkata, dia boleh menguruskan kehidupannya sekarang, namun apabila menyentuh berkenaan anak-anak itu yang jadikannya agak keliru.

“Bab anak-anak ini yang buat saya macam pelik sikit. Kadang-kadang mulut pun masih terpanggil nama pembantu rumah.

“Tadi (semalam) tengah cari jubah dan baju anak-anak, saya terpanggil namanya sedangkan dia (pembantu rumah) dah men1nggal dun1a. Sebab, saya dah biasa bergantung dengan bantuannya sebelum ini.

“Bab anak-anak susah sikit, tapi saya ada juga berbual dengan Ajai. Katanya, dia pernah duda dan dia nasihatkan saya sediakan modul sendiri untuk anak-anak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Dalam masa sama, Shuib mengakui perubahan sikap anak-anaknya sekarang.

“Alhamdulillah, mereka ikut cakap. Sebelum ini saya penat j3rit-j3rit. Sekarang sekali cakap sahaja, semua akan ikut. Kalau tidak, nak suruh mandi pun berjam-jam.

“Sekarang, saya cakap pada mereka (anak) saya banyak benda nak fikir dan banyak benda nak buat. Jadi, tolong jangan bagi saya stress (tekanan). Alhamdulillah mereka bagi yang terbaik.

“Berkenaan penjagaan mereka selepas ini, saya lega kerana adik ipar dan mentua tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah bab ini apabila saya kembali bekerja nanti,” katanya yang akan menyediakan modul buat anak-anak secepat mungkin. 

Sumber: Harian Metro via -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *