Lagi rahsia terb0ngkar, Siti Sarah sedekah senyap-senyap, bantu bekas wartawan “Dia masukkan ribuan ringgit… minta pengurus rahsiakan”

Artis

PEMERGIAN Siti Sarah Raisuddin membuka 1,001 kisah mengenai kebaikan Allahyarham yang selama ini mungkin tidak diketahui ramai.

Siti Sarah sebenarnya suka bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan. Ini terbukti selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin, satu persatu kebaikan beliau dikongsi ramai.

Malah, amalan baik dilakukannya itu umpama tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Beliau enggan perbuatan itu diketahui oleh orang yang dibantunya. Itulah antara sikap baik Siti Sarah yang benar-benar membuatkan mereka yang pernah rapat dengannya rasa terharu.

Hal tersebut turut dialami oleh dua bekas wartawan, Utusan Karya Sdn. Bhd yang dihimpit kesusahan selepas syarikat mereka, Utusan Melayu (M) Berhad gulung tikar pada 2019 dan pamp4san penuh yang dijanjikan tidak dibayar sehingga hari ini.

Rosli Manah, 53, bekas Pengarang URTV menceritakan dia terkejut apabila pada tahun lalu, mendapat panggilan telefon daripada syarikat artis itu bernaung, Indigital Music menyatakan seorang artis mahu menghulurkan bantuan.

Menurut Rosli, dia tertanya-tanya siapakah artis itu kerana pihak pengurusan syarikat berkenaan enggan mendedahkan individu yang ingin menghulurkan bantuan kewangan tersebut.

rosli1

Kebaikan Siti Sarah akan terus dikenang Rosli Manah.

“Saya tanya Nana (pihak pengurusan Indigital) siapa yang bantu? Nana kata, tak perlu tahu kerana artis berkenaan ikhlas menolong. Jumlah yang dibantunya itu, bagi saya agak banyak kerana ketika itu saya benar-benar dalam kesusahan kerana tiada pekerjaan,” ujar Rosli.

Tambah Rosli lagi, rahsia itu terbongkar selepas Nana tidak sengaja menulis nama Sarah sebagai rujukan resit bank ketika pemindahan wang dilakukan.

“Kemudian saya hubungi Nana dan bertanya mengenai nota kecil itu dan Nana mengaku dia tidak sengaja tertulis catatan berkenaan dan seterusnya mengaku, wang tersebut pemberian Siti Sarah dan mohon dirahsiakan.

“Arwah sangat pemurah… masa itu saya dah tak bekerja di Utusan. Saya dah tiada duit untuk bayar tunggakan kereta dan saya ada muat naik status itu di Facebook.

Saya tengok ada duit ribuan ringgit yang disumbangkan oleh arwah dimasukkan ke dalam akaun saya.

ROSLI MANAH

BEKAS WARTAWAN HIBURAN

“Tak sangka Nana kemudian tanya nombor akaun saya, masa tu saya tak tahu fasal apa. Lepas itu saya tengok ada duit ribuan ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Rosli, sehingga kini dia tidak berpeluang berterima kasih kepada Siti Sarah kerana terpaksa berpura-pura tidak mengetahui tentang sumbangan tersebut.

Ditanya sejauh manakah rapatnya hubungan dia dengan Siti Sarah, ujar Rosli, pada awal kemunculan penyanyi itu, dia banyak memberi liputan terhadap Siti Sarah melalui majalah URTV pada usia belasan tahunnya.

johaa

Gambar kenangan Joha Ahmad ketika sihat.

Malah, Rosli juga berkawan baik dengan Pegawai Perhubungan Awam Siti Sarah ketika itu, Allahyarham Ruslan Agil dan mereka kerap keluar, makan bersama-sama yang turut disertai Siti Sarah.

“Saya dimaklumkan, bantuan yang diberikan Siti Sarah itu kerana dia terhutang budi saya pernah membantunya saat susahnya dia untuk menapak dalam dunia seni. Dia tak lupa jasa saya itu. Saya sangat-sangat terharu akan budi baiknya. Tak semua artis menghargai wartawan yang banyak membantu mereka saat dilanda kesusahan. Terima kasih Sarah… Allah saja yang membalas budi baik Sarah,” kata Rosli sebak.

Selain Rosli, Siti Sarah juga ada membuat sumbangan kepada seorang lagi bekas Pengarang Kanan, Utusan Karya Sdn. Bhd. iaitu Joha Ahmad, 55, yang kini menderita penyak1t buah pinggang.

Menurut Joha, dia terkejut apabila menerima sumbangan daripada arwah kira-kira dua bulan lalu biarpun mereka sudah lama tidak berhubung.

“Saya terima sumbangan wang tunai daripada arwah Sarah dua bulan lepas… saya memang sangat terkejut sebab kami memang dah lama tidak berhubung.

“Saya cakap pada dia terima kasih sebab masih ingat saya… hubungan saya dengan arwah bukan macam wartawan dengan penyanyi, sebaliknya dah macam abang dengan adik.

“Arwah memang tahu saya sakit dan dia juga sempat berpesan pada saya agar selalu jaga diri,” katanya yang menyifatkan Allahyarham seorang yang merendah diri serta sentiasa mengingati wartawan-wartawan hiburan yang telah menaikkan namanya di persada seni.

siti sarah1

Siti Sarah dikebvmikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pusu, Gombak pada petang, Isnin.

Ujar Joha, hubungan baiknya bukan sahaja terhadap Siti Sarah malah termasuklah dengan ahli keluarga penyanyi itu.

Joha mengenali arwah apabila Siti Sarah menyertai pertandingan karaoke Bintang URTV pada 2000 yang menobatkan Siti Sarah sebagai juaranya. Ketika itu Joha ialah wartawan di majalah berkenaan.

“Daripada situlah kami mula rapat dan saya kerap memberi publisiti kepadanya sehinggalah dia dikenali. Saya bersama Siti Sarah, ibu dan bapanya pernah duduk makan bersila, sama-sama berebut nasi berlauk budu tak lama dulu. Kelakar kalau diingat semula kenangan lalu,” kata Joha.

Ujarnya, ketika dilanda masalah kesihatan, dia tidak menyangka Siti Sarah masih mengingati jasanya walaupun Joha tidak mengharapkan balasan kerana apa yang dilakukannya suatu ketika dahulu adalah sebagai menjalankan tugas sebagai wartawan untuk memberi publisiti kepada artis.

siti sarah

Siti Sarah meninggalkan empat orang cahaya mata.

Siti Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, mengh3mbuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu akibat serangan wabak Covid-19.

Allahyarham menjalani pembed4han mengeluarkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada usia kandungan lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Jenazah Allahyarham dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor kira-kira pukul 1.20 petang, Isnin.

Siti Sarah meninggalkan suami, Shuib Sepahtu atau Shahmira Muhamad dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih dalam pemantauan di PPUKM.

Siti Sarah juga disenangi oleh ramai wartawan dan saat dia terlantar s4kit di hospital, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) turut menganjurkan majlis bacaan Yasin dengan mengamanahkan urusan berkenaan kepada ahli Masjid Abu Bakar, Temerloh, Pahang yang turut ditujukan juga kepada rakan-rakan artis lain dan petugas media yang turut dilanda musibah.

‘Shuib tertanya apakah kebaikan arw4h Siti Sarah?’

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu, 37 masih tertanya-tanya apakah kebaikan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, hingga terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak menitipkan doa buatnya.

Biarpun pada akhirnya Allahyarham Siti Sarah ‘tutup mata’ selepas lebih 48 jam ditidurkan dan berada dalam keadaan k0ma ketika di Unit Raw4tan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pand3mik COV1D-19, namun Shuib reda.

Bekas penyampai radio itu mengakui, pemergian arwah isterinya diratapi dan dicemburui ramai.

“Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari pelusuk seluruh negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arwah. Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan soal hajat dilakukan.

“Malah, ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tidak saya kenali.

“Apakah kebaikan arwah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.

“Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan diri arwah. Saya tertanya-tanya apakah kebaikan arwah yang saya sendiri tidak tahu. Benar, saya mencemburui pemergiannya,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di kaunter bilik jenazah HCTM, pagi ini.

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia sudah reda seandainya arwah isterinya dijemput Ilahi sejak berada dalam keadaan krit1kal pada Jumaat lalu.

“Kami pernah bercakap soal kem4tian. Malah, arwah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meningg4l pada Jumaat penghulu hari kerana mahu mendapat ‘husnul khatimah’ dan lepas sek.ksaan kubur.

“Jika ikutkan, saya reda seandainya Allah menc4but ny4wanya ketika nazak dan paras bacaan oksigen menurun pada Jumaat lalu.

“Namun, Allah memberikan arwah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini arwah pergi juga,” katanya.

Allahyarham Siti Sarah melahirkan anak keempat Ayash Affan dalam keadaan ditidurkan dan tidak sedarkan diri menerusi pembed4han, Jumaat lalu sebelum meningg4l dunia, hari ini.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di ICU, HCTM akibat COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh Shuib sendiri laman Instagram (IG).

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu berada dalam keadaan koma selepas dan bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuar4ntin kendiri selama 14 hari.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://bartasangbad.site/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *