Demi Negara, Datuk Azizulhasni Awang ‘Lupakan’ Ayah Kena M1ld Str0ke & Isteri Hɑmil

Artis

Pemenang pingat Perak acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang menyampaikan dan menerima khabar yang mengejutkan sebaik merangkul kilaun yang sangat didambakan tersebut.

Sambil men4ngis, Azizulhasni membuka rahsia bahawa ayahnya, mengalami m1dl str0ke dan telah dimasukkan ke hosp1tal saat dirinya berangkat ke Jepun untuk mengharumkan nama negara.

“Sewaktu berlumba saya teringat anak, isteri, mak dan ayah di kampung.

“Ayah saya berada di hospit4l. Ayah s4kit, kena m1ld str0ke. Tapi adik beradik minta saya fokus dengan perlumbaan ini.

“Tak mudah buat saya. Saya perlu fikir negara,” lu4h atlet yang digelar The Pocket Rocket Man ini.

Biarpun sempat menyampaikan khabar dvka, Azizulhasni telah dikejutkan dengan berita gembira apabila wartawan Astro Arena, Bazly Azmi yang diamanahkan menyimpan rahsia besar daripada isteri pelumba itu memaklumkan beliau bakal bergelar seorang ayah.

Isteri Azizulhasni, Athiah Ilyana yang berada di Melbourne, Australia, kini hamil anak ketiga mereka.

“Saya simpan ini, Tya hamil anak ketiga,” ujar Bazly.

Mendengarkan khabar gembira itu, Azizulhasni secara spontan dilihat melakukan sujud syukur.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya tak sabar nak pulang bertemu anak anak dan isteri. Hari hari anak anak tanya bila saya nak balik,” kata Azizul yang sudah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Amna Maryam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.

Terdahulu, Azizulhasni yang berulang kali meminta maaf kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas dalam acara kegemarannya itu.

“Saya asyik teringat anak anak, isteri, mak dan ayah. Saya tinggalkan mak ayah dari saya umur 15 tahun di kampung seorang diri untuk negara.

“Saya harap mereka tak k3cewa dengan result saya hari ini, untuk rakyat Malyasia dan sukan negara,” katanya.

Untuk rekod, Azizulhasni telah memenangi pingat gangsa dalam acara sama di temasya Olimpik Rio yang lalu.

Kredit Foto: BERNAMA

Instagram: @azizulhasniawang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *