PETALING JAYA – Perkongsian gambar memaparkan atlet berbasikal negara, Datuk Mohammad Azizulhasni Awang ‘tidur’ berkain pelikat disamping pingat perak yang dimenanginya di laman sosial rasmi milik atlet itu mencuit hati orang ramai.
Gambar tersebut dikongsi sendiri oleh Mohammad Azizulhasni dengan kapsyen “Gambar wajib, simpan sini.” itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya mengharapkan atlet berasal dari Terengganu itu boleh tidur ny3nyak malam ini selepas bertungkus-lumus dalam perlumbaan keirin tengah hari tadi.
Gambar wajib
Simpan sini
.
🇲🇾
.#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia#teamazizul #azizulawang#olympics #olympic #tokyo2020 #TokyoOlympics pic.twitter.com/IlwdE5SpoA— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) August 8, 2021
“Hati-hati Datuk, berat medal tu t4kut patah katil. Apa-apa pun selamat malam Datuk,” kata Sharil.
“Pakai kain pelikat masa tidur yang mahal tu. Apa-apapun tahniah Datuk, semoga menjadi inspirasi kepada anak muda yang mahu mengikut jejak langkah Datuk,” kata Wardina.
“Tahniah Datuk, boleh tidur ny3nyak malam ini. Terima kasih bawa sedikit sinar untuk negara hari ini,” ciap MalaysianLady.
Di ruang komen juga dilihat beberapa pengguna media sosial menyatakan keterujaan mereka menantikan vlog terbaharu di laman YouTube Mohammad Azizulhasni mengenai pengalamannya sepanjang berada di Tokyo bagi temasya sukan Olimpik itu.
“Datuk, nanti buat video YouTube lagi, suka tengok pengalaman sepanjang Olimpik Tokyo di YouTube Datuk,” kata DivaSekolah.
Terdahulu, Mohammad Azizulhasni berjaya merangkul pingat perak melalui acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.
🤪🤪🤪🤪 seram tak datuk pic.twitter.com/K5e6gbyv4K
— Faris (@farisuhaini) August 8, 2021
Terbaik dato 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Dh boleh tido lena
— adpdinzly (@AdpDinzly) August 8, 2021
boleh dah print gambar ni simpan kat muzium negara😌
— lee zii jia's pulse (@methparks) August 8, 2021
Terima kasih datuk. Sayang datuk❤️
— Hulk (@rirurora) August 8, 2021
Tahniah Dato atas kemenangan 🤘🤘🤘. Tu mesti tengah mimpi blasah jason kenny 😆😆
— FaisalMN (@FaisalMN20) August 8, 2021
Lagu ni Anwar Ibrahim ka..Anuar Zain..??
— Zack (@captzack769) August 8, 2021
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:K! ONLINE