[VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebɑk & Cekɑl Bila Dapat Tahu…

Keluarga Semasa

Setiap pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga sudah pastinya membuat persiapan dengan sebaik mungkin dan menanti hari penuh makna dengan sabar. Namun, tak semua yang dirancangkan akan berjalan seperti mana yang diinginkan oleh pasangan pengantin muda ini.

Disahkan positif Cov1d-19

Foto: Tangkap layar video

Seperti perkongsian seorang gadis dikenali sebagai Mutiara menerusi satu video di laman TikTok, tampil menceritakan dug4an-dug4an yang perlu ditempuh bersama pasangannya sebelum disatukan menjadi suami isteri.

Kisahnya bermula, apabila pasangan ini membuat perancangan untuk mengadakan majlis akad nikah pada 11 Julai yang lalu namun, atas persuratan takdir wanita ini disahkan positif mengh1dap Cov1d-19 walaupun segala persiapan sudah siap. Pada masa yang sama, gadis ini sempat menunjukkan persiapan-persiapan rapi telah dibuat sebelum majlis itu berlangsung.

Pre wedding sudah, fitting baju sudah, cincin dah beli.

Ujar gadis ini, rutin hariannya berubah dan terpaksa menjadikan panggilan video sebagai alternatif bagi berjumpa dengan kekasihnya. Selepas dirinya sembuh, gadis cekal ini menjelaskan segala persiapan termasuk kad undangan majlis pernikahan, hadiah buat tetamu yang hadir, baju bridesmaid sudah diagihkan dan sesi menguji makanan bersama pihak katering.

Foto: Tangkap layar video

Selalu biasanya jumpa hari-hari. Kali ini, jumpa melalui video call. Setiap hari rasa ingin sembvh dengan cepat biar boleh uruskan hal perkahwinan lagi. Selepas sembuh, undangan pun dah siap. Sampai baju saudara pun sudah selesai dijahit.

Walaupun, segala persiapan telah siap dibuat, pasangan ini terpaksa akur dan reda apabila pihak kerajaan Indonesia tidak membenarkan mana-mana pasangan untuk menganjurkan sebarang majlis.

Video penuh:

Stay strong!

Sumber: Mutiara via OHBULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *