Siti Sarah Selamat Lahirkan Anak Lelaki Tapi Shuib Beritahu Ini Yang Terjadi

Artis

BERKAT doa orang ramai penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan seorang bayi kira-kira pukul 4 petang tadi.

Shuib bagaimanapun berkata, tahap kesihatan isterinya itu masih tidak stabil dan dipercayai berada dalam keadaan sangat berisiko.

Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan.

Siti Sarah Selamat Lahirkan Anak Lelaki Tapi Shuib Beritahu Ini Yang Terjadi

“Alhamdulillah pukul 4 lebih baby telah pun berjaya dikeluarkan dan keadaan baby Alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir (secara) pra-matang. Cuma keadaan Sarah agak kritikal.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan COVID dipermudahkan urusan, amin,” katanya di Instagram hari ini.

Sebelum itu, Siti Sarah yang juga hamil tujuh bulan terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia kerana tahap oksigen yang tidak stabil.

Imbas kembali, Sarah, Shuib dan tiga anak mereka disahkan dijangkiti COVID-19 pada 27 Julai yang lalu.

INI KENYATAAN SHUIB

Siti Sarah Selamat Lahirkan Anak Lelaki Tapi Shuib Beritahu Ini Yang Terjadi

Siti Sarah Selamat Lahirkan Anak Lelaki Tapi Shuib Beritahu Ini Yang Terjadi

Sumber : Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Terdahulu, Status Akhir Siti Sarah Sebelum Ditidurkan Buat Ramai Sayu

Sekitar jam 12 tengahari, hari ini, Nana memaklumkan Sarah sudah ditidu.rkan dan memohon mendoakan yang terbaik buatnya.

Berikutan itu, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraannya, majlis bacaan Yassin diadakan yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawa.tan Rapi (IC U) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.

Status terakhir Siti Sarah sebelum ditidurkan

Sementara itu, menerusi semakan di Instagram, Siti Sarah dilihat sempat memuatnaik beberapa perkongsian beberapa jam sebelum ditidurkan.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Siti Sarah berkongsi petikan ayat suci Al-Quran surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan ayat Kursi.

Siti Sarah turut berkongsi bacaan syahdu Selawat yang mengusik perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Manakala di ruangan status, Sarah memuatnaik (repost) kata-kata suaminya, Shuib yang meminta orang ramai mendoakan beliau.

” Doakan Sarah dan baby, terima kasih semua.

” Assalammualaikum semua,,,sy mohon doakan isteri saya Siti Sarah Bt Raisuddin.. doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan.

” Allah maha segalanya..” repost oleh Sarah.

Status Akhir Siti Sarah Sebelum Ditidurkan Buat Ramai Sayu

Sebelumnya, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap 0ksigen yang semakin menu.run, kelmarin.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami b4tuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan p0sitif w4bak itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Neelofa Doakan Siti Sarah

Terdahulu Selebriti terkenal, Neelofa mengajak orang ramai memanjatkan doa agar rakan penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 36, diberikan kesembuhan dan kekuatan bertarung dengan wabak Covid-19.

Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd. Noor memaklumkan perkara itu menerusi muat naik status dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

“Salam Jumaat. Pada hari yang penuh kemuliaan ini, saya nak mengajak semua, untuk sama-sama mendoakan rakan saya, Siri Sarah Raisuddin dan seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sedang berjuang menentang Covid-19 agar segera sembuh dan kuat semangat.

“Semoga doa kita smeua diperkenankan. Insya-Allah,” ujar Neelofa.

Selain Neelofa, ramai rakan artis lain termasuk Mark Adam, Zanarul Hisyam, Zalif

Sidek, Sari Yanti, Jep Sepahtu dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut mengajak orang ramai memanjatkan doa agar Siti Sarah serta anak dalam kandungannya diberikan kesembuhan melawan virus maut tersebut.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: IG Siti Sarah

Terdahulu Ini Yang Akan Terjadi Pada Siti Sarah Lepas Dia Ditidurkan Sekitar 2 Petang ini

SELEPAS beberapa jam ditidurkan kerana tahap oksigen rendah, penyanyi Siti Sarah yang sedang hamil lapan bulan kini menunjukkan perkembangan positif.

Terbaharu suaminya yang juga pelawak Shuib memaklumkan Sarah bakal menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayinya sekitar pukul 2 petang, Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan pengurus Siti Sarah, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

“Alhamdulillah, Shuib hubungi saya tadi memberitahu sebaik saja habis bacaan Yasin tadi, doktor beritahu Sarah semakin stabil. Insya-Allah pukul 2 ini doktor akan lakukan pembedahan untuk keluarkan bayi.

“Kalau berjaya, Insya-Allah segalanya okay… Insya-Allah Sarah akan okay,” katanya kepada mStar.

“Isteri sy telah dimasukkan ke IC U”-Shuib beritahu keadaan terkini Siti Sarah

Sarat hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah Raissudin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music memberitahu Sarah dibawa menaiki ambulans sekitar pukul 6.30 petang Rabu bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Update Terbaru Keadaan Siti Sarah

Assalammualaikum Salam Jumaat semua,Pg td isteri sy telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksig.en yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.SY MOHON DIHARI BAIK,HARI

JUMAAT,DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA,AMIN

Sementara itu, suaminya pelawak Shuib Sepahtu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan.

“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”, tulisnya.

Shuib turut berkongsi video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif C0VID-19.

Menerusi hantaran di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati p0sitif viru.s berkenaan, Ahad lalu.

“Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif C0VID-19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada.

“Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah,” tulisnya.

“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah.

“Doakan kami segera sembuh,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG.

“Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Kredit: IG ShuibSepahtu

Sumber: http://asaskehidupan.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *