Asal Dari Keluarga Miskin & Nak Cari Duit R4wat Mak S4kit, Jadi ‘Pemb4kar’ Untuk Penerjvn Cilik Ini Buru Emas

Artis

Seorang atlet terjun daripada negara China berjaya mencipta kejutan selepas berjaya mencatatkan ‘perfect score’ sebanyak dua kali di pentas akhir acara 10m platform sukan Olimpik Tokyo 2020.

Quan Hongchan yang baru sahaja berusia 14 tahun itu telah berjaya merangkul pingat emas selepas mengumpul sebanyak 466.20 mata.

Disebalik kejayaan yang diciptanya, terdapat kisah sedih yang ramai tidak tahu.

Perjuangannya di pentas Olimpik itu sebenarnya didorong oleh niatnya untuk mendapatkan duit kemenangan bagi digunakan untuk mer.awat ibunya yang sedang s.akit di kampung halaman.

Menurut laporan media, Quan Hongchan bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Ibu bapanya dilaporkan adalah merupakan golongan petani.

Dia juga dilaporkan mula didedahkan dengan sukan terjun ini pada tahun 2014. Sejak daripada itu, dia telah berlatih bersungguh-sungguh.

Pada bulan Mac 2018, dia dilaporkan telah menyertai pasukan daerah Guangdong.

Walaupun pasukan terjun China banyak menghasilkan penerjun yang berbakat, namun amat jarang sekali untuk melihat seorang gadis berbakat seperti Quan Hongchan berjaya menguasai sukan itu dalam tempoh yang singkat.

Pada 4 Oktober 2020, Quan Honchan yang baru berusia 13 tahun pada ketika itu dilaporkan telah berjaya mengalahkan ramai penerj.un yang bertaraf bintang di final platform 10 meter perseorangan wanita di Stesen Shijazhuang dalam kelayakan Olimpik.

Selepas berjaya melayakkan diri ke pentas Olimpik Tokyo 2020, motivasi penerj.un muda ini dalam membantu mendapatkan duit ra.watan untuk ibunya semakin tinggi.

“Kos r.awatan yang diperlukan ibu saya sangat mahal, jadi saya rasa saya juga harus bertanggungjawab untuk menolongnya mencari duit, supaya saya dapat menghantar duit itu kepada ibu saya untuk rawatannya,” ujarnya.

Kesukaran hidup yang dilaluinya telah mendorongnya supaya sentiasa bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.

Hasil daripada itu, remaja yang berasal daripada Guangdong, China ini telah berjaya menghadiahkan negaranya sebutir pingat emas Olimpik sambil memberi kejutan kepada penerjun senior serta telah membuka mata dunia dengan persembahannya yang memukau di pentas akhir 10m platform sebentar tadi.

Sumber: iNews

Artikel Berkaitan :

Viral Dengan Terjvnan “Perfect 10”, Netizen Malaysia Perasan Muka Hongchan Mirip Pelakon Filem CJ7

Hari ini dalam sejarah Sukan Olimpik Tokyo 2020, atlet dari negara China yang berusia 14 tahun memenangi pingat emas dalam acara akhir terjun platform 10 meter.

Aksi sempurna Quan Hongchan menc.uri perhatian ramai dengan markah yang diberikan oleh juri sangat tinggi. Kejayaan ini sekaligus menyaksikan peserta China ini merangkul emas daripada 11 atlet yang lain.

Tidak dinafikan, terjunan ‘perfect 10’ Hongchan mengundang pelbagai reaksi warganet di mana rata-rata mengakui kehebatan anak muda ini. Bukan itu sahaja, mereka menganggap kebolehan ini dapat daripada ‘CJ7’ kerana ramai yang mengakui wajahnya seperti ‘pelakon’ di dalan filem tersebut.

“Abam syak budak China form 2 yang menang emas tu geng CJ7…”

“muka sama macam pelakon CJ7”

“Hongchan ni buat aku teringat kat budak CJ7 la”

“Power betul macam budak movie CJ7”

“Hongchan and CJ7 same vibe…”

Bagaimanapun, tahniah buat pasukan China kerana berjaya merangkul emas dan perak dalam acara kali ini. Buat jaguh terjun Malaysia, Pandalela Rinong, anda telah melakukan yang terbaik buat negara. Jasamu dikenang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: sk via https://web.facebook.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *