Sewaktu kita memandu berselisih dengan teksi, bas, dan lori sudah pasti kita akan tertanya-tanya bagaimana maklumat yang ada pada pintu sesetengah kenderaan tersebut itu dibuat.
Baru-baru ini tular satu rakaman video di media sosial menunjukkan seorang lelaki menulis maklumat pada pintu kereta TNB hanya mengguna beberapa benda sahaja — berus lukisan, cat hitam, masking tape dan ‘bakat’ yang ada pada tangannya.
Fuh macam printer pic.twitter.com/8CqVoH6zHp
— anthraxxx781 (@anthraxxx781) August 5, 2021
Tenang dan bersahaja lelaki itu bercangkung sambil memulakan kerjanya dengan melekatkan pita pelekat pada pintu kereta sebelum dia mula menulis berdasarkan maklumat yang disediakan dalam satu kertas ‘rujukan’.
Rata-rata netizen terk3jut apabila mengetahui tulisan yang sangat kemas dan teliti ada pada sesetengah pintu kenderaan sebenarnya ditulis menggunakan tangan sahaja, bukanlah menggunakan ‘printed sticker’ seperti orang ramai fikirkan selama ini.
Kalau berhenti sebelah lori atau van time kat traffic light, aku boleh tenung je tulisan tu lama2 sambil terfikir siapa punya tulisan lah ni sebab lawa sangat 😂😂 https://t.co/tnBi6X2kTb
— Batrisyia 🇵🇸🇲🇾 (@TrioShaa_Aziz) August 5, 2021
Loh selama ni semua tulis tangan ke 🤯💖 https://t.co/4ellnmkQYF
— 𓆩♤𓆪🇵🇸 (@nasigorengcina1) August 5, 2021
Selama ni aku ingat sticker tampal je. Rupa tulis tangan. Padu. https://t.co/2CqMMnyHL4
— Hasry (@hasry90) August 5, 2021
YALL THIS IS SO AMAZING???? AKU INGATKAN EVERYTHING IS PRINTED!!!!! https://t.co/d0JO7h2Xnu
— Auni. (@aunishokri_) August 5, 2021
Sebab tu harga rm1000 sekali buat. Sebab tak perlu marking teruk2 dgn template. Terus hands on. Gaji org lukis line dekat rolls Royce pun mahal sbb gini laa. Tangan tu 1 in a 100 million https://t.co/Gkbv2taIUV
— Baba Yaga ©®™ (@ariefengah) August 5, 2021
Menurut salah seorang pengguna Twitter menyatakan tidak ramai orang mempunyai bakat seperti ini dan sebab itulah harga untuk membuat ‘detail’ garisan pada kereta mewah Rolls-Royce dibayar dengan mahal.
Akhirnya setelah sekian lama kita semua ‘membaca’ butiran pada pintu sesetengah kenderaan dan memikirkan cara pembuatannya, rupa-rupanya ia ditulis hanya menggunakan tangan sahaja.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Vocket