Murahnya Harga Tudung Fazura! – “Saya Nak Semua Orang Mampu Beli”

Artis

Pelakon jelita Nur Fazura mengakui harga tudung yang dijualnya serendah RM27 sehelai menepati dengan niat asalnya menghasilkan rangkaian produk berkenaan.

Kata Fazura, dia mahu wanita tidak terbeban dengan harga tudung yang terlampau mahal dan ingin membolehkan golongan berhijab mampu memiliki produk keluarannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


“Syukur Alhamdulillah, ramai yang tanya dan tak percaya harga tudung RM27. Tapi ini memang niat pertama saya, saya nak semua orang boleh beli dan pakai.

“Sebagai usahawan sudah tentu nak untung lebih dan buat duit. Memang betul dan saya boleh lakukannya, tapi matlamat asal saya nak semua orang mampu beli,” katanya menerusi sesi siaran langsung di Instagram bersama pengacara Viviana Abdullah baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fazura akui, harga RM27 itu juga merupakan angka simbolik dalam kehidupannya.

“Malah, saya sendiri pun bila nak beli tudung lebih RM50 akan rasa macam ‘mahalnya’. Bila rendah lagi ia menjadi mampu milik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Apa kata kita rendahkan lagi dan jadikan harganya RM27. 27 pun nombor yang bagus sebab hari jadi saya, hari Fattah Amin propose saya juga. Rasa macam nombor simbolik juga,” tambahnya.

Tudung Fazura yang mula dilancarkan sejak dua minggu lalu itu mendapat reaksi positif pengguna berdasarkan harga dan kualiti produknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *