Kec0h Hati Nur Dhabitah Sudah Dimiliki Pemain Bola Perak, Sekali Bekɑs Kekasihnya Buka Mulut Cerita Perkara Sebenar

Artis

Kuala Lumpur: Selepas berdesing namanya dipetik berulang kali, akhirnya pemain bola sepak Perak FC iaitu Azhar Apandi tampil menafikan dirinya kekasih kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Azhar, 22, adalah tonggak pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City) yang dipinjamkan selama semusim kepada skuad The Bos Gaurus itu pada awal musim ini.

Jelasnya, Dhabitah sememangnya adalah kekasihnya namun mereka sudah lama berpisah dan memohon agar semua pihak tidak mengaitkan namanya lagi bersama atlet negara itu.

“Awak-awak (peminat) semua saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia (Dhabitah), ‘so pless’ laa hormat saya dengan si dia okay.

“Harap korang semua faham okay. Love u guys,” katanya di laman story Instagram miliknya dengan tanda pagar #janganupbaranglame, #sembilu, #442 dan #cucuklagihasan.

Sebelum ini, tular di laman sosial temuramah Dhabitah dengan stesen radio tempatan yang menyaksikan penerjun berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu mengakui sudah berpunya.

Lantas, peminat mula mengaitkan kekasih Dhabitah dengan seorang pemain bola sepak profesional dan spekulasi itu dikuatkan pula dengan gambar sambutan hari jadi bersama kekasihnya iaitu Azhar.

Pada Ahad lalu, hasrat Dhabitah untuk membawa pulang pingat pada temasya Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila menduduki tangga keempat pada pertandingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.

Ini adalah penampilan keduanya di pentas Olimpik selepas menghuni tangga kelima acara 3m papan anjal seirama pada temasya di Rio 2016 selain tangga kesembilan dalam acara 10m platform.

Hati saya sudah dimiliki – Dhabitah

KUALA LUMPUR – Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan nama penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri meledak di media sosial kerana komited dan gara-gara senyuman menawannya.

Bagaimanapun segelintir lelaki pasti kecewa apabila mengetahui bahawa atlet berusia 22 tahun itu dikatakan sudah mempunyai kekasih hati.

Pengakuan itu dikongsi menerusi temuramah dengan sebuah stesen radio baru-baru ini apabila menjawab pertanyaan sama ada senyuman berkenaan sudah ‘dijaga’ oleh seseorang.

“OKlah, saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya),” kata atlet berasal dari Kuala Lumpur itu walaupun teragak-agak untuk menjawab.

Memetik laporan majalah Nona tahun lalu, Dhabitah atau mesra dipanggil Bita ada berkongsi foto di laman Instagram ketika sambutan hari lahirnya di samping teman lelaki yang juga pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC, Azhar Apandi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika mereka masih menjalin hubungan cinta atau sebaliknya kerana tiada gambar bersama di Instagram masing-masing.

Terdahulu, Dhabitah menamatkan kempen Sukan Olimpik dalam pusingan akhir acara 3 meter papan anjal individu apabila berjaya menduduki tempat keempat daripada 12 peserta yang lain. – MalaysiaGazette

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://bartasangbad.site/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *