[VIDEO]“Cakap Mandarin Pun Comel”- Ramai ‘Melting’ Tengok Dhabitah Sembang Dalam Bahasa Mandarin

Artis

Siapa je yang tak kenal dengan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang viral baru-baru ini disebabkan aksinya yang cute. Lagi-lagi sepanjang Temasya Sukan olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung sekarang.

Namun terbaru, video Dhabitah sedang bersembang dengan wartawan sukan Astro Arena, Adam Zamri yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @IsaEzreen telah viral di media sosial semalam.

Video berdurasi 21 saat itu mendapat perhatian ramai netizen yang adore dengan kecomelannya.

Difahamkan Dhabitah berkata bahasa Mandarinnya tidak begitu bagus namun ia masih boleh difahami oleh atlet negara China.

Aksi comel Dhabitah mengundang pelbagai reaksi netizen, malah siap ada yang nak ambil kelas Mandarin dengan Dhabitah lagi.

Gat4l eh koranggg…

Page

Untuk pengetahuan, Dhabitah telah mewakili Malaysia dalam acara 3m papan anjal wanita pada 1 Ogos lalu dan telah mendapat tempat yang keempat pada peringkat akhir Olimpik Tokyo yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun.

Walaupun Dhabitah tidak memenangi sebarang pingat di Olimpik Tokyo di Jepun, tapi Dhabitah telah memenangi hati rakyat Malaysia yang sentiasa menyokongnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

 

Sumber: Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *